Eric ten Hag memuji kekuatan yang dimiliki skuad Manchester United selepas menewaskan Real Betis 1-0 awal pagi tadi sambil berseloroh betapa dia berasa lega apabila tiada pemainnya dibuang padang dalam pertemuan itu.
Gol tunggal Marcus Rashford pada awal babak kedua sudah cukup untuk United melangkah ke suku akhir Liga Europa (UEL) dengan kelebihan agregat 5-1.
Berbekalkan kelebihan tiga gol yang dibawa daripada perlawnaan pertama pusingan 16 minggu lalu, Ten Hag buat kali pertama menamakan Facundo Pellistri sebagai kesebelasan utama sambil Tyrell Malacia dan Harry Maguire turut diberikan peluang.
Marcel Sabitzer, Anthony Elanga, Victor Lindelof, Jadon Sancho dan Diogo Dalot turut dimasukkan dalam babak kedua, di mana Ten Hag menggunakan sepenuhnya pemain barisan keduanya.
"Saya fikir kesemua pemain telah melakukan yang terbaik," katanya kepada BT Sport.
"Mereka yang dibawa masuk menunjukkan prestasi yang baik. Kami bukan sahaja memiliki 11 pemain, kami memiliki satu skuad."
Bagaimanapun, walaupun gembira bercakap mengenai kekuatan skuadnya, Ten Hag berasa lega apabila tidak kehilangan sebarang pemain menjelang aksi suku akhir berkenaan.
Ditanya mengenai perkara yang paling menggembirakannya dalam kemenangan itu, pengurus berbangsa Belanda itu berkata: "Tiada kad merah, tiada kecederaan. Kami memiliki skuad yang besar tetapi tidaklah terlalu besar."
Muzaffar Musa
Fri Mar 17 2023


Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Tiada yang berkebetulan. Apabila dua pemain terhebat turun beraksi, jurang waktu dan jarak perjalanan pun tidak menjadi pemisah. Ia adalah satu malam yang menjadi penanda mercu dan pencapaian bersejarah buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sambil kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Piala Merlion: Malaysia ke final selepas atasi Kemboja
Skuad B-22 negara memulakan kempen Piala Merlion dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 4-2 di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon tetap hargai komitmen pemain walaupun menang tipis
Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, tetap menghargai komitmen yang dipamerkan pasukannya walaupun sekadar mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Turkmenistan semalam.

Persahabatan Antarabangsa: Faisal Halim azam bolosi gawang Hong Kong
Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, berazam untuk meledak jaringan ketika berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa depan.

Piala Merlion: Elavarasan akur ketiadaan Mukhairi Ajmal
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, terpaksa akur kehilangan tonggak tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menjelang saingan Piala Merlion di Singapura bermula Jumaat ini.

Persahabatan Antarabangsa: Cools janji benteng negara kekal tenang
Kejayaan Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu disifatkan satu kenangan terindah.

Liga Super: Akmal Zahir enggan terbuai pujian
Pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Akmal Md Zahir, enggan terbuai dengan pujian selepas menjaringkan gol menarik dalam saingan Liga Super minggu lalu.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon teruja latih pemain dalam bulan Ramadan
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengakui teruja apabila buat kali pertama akan melatih pemain yang berpuasa menjelang satu perlawanan bola sepak.

EPL hormati iftar Ramadan
Ramadan tiba lagi dan pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menghormati kewajipan pemain-pemain beragama Islam dengan meluangkan masa ketika permainan untuk mereka berbuka puasa.

Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.