Muzaffar Musa
Fri Mar 17 2023

REAL BETIS 0 MANCHESTER UNITED 1
(United ke suku akhir dengan agregat 5-1)
Marcus Rashford menjaringkan gol tunggal untuk Manchester United meraih kemenangan 1-0 ke atas Real Betis, sekali gus layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) dengan agregat 5-1.
Pasukan bimbingan Erik ten Hag itu turun beraksi dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 berkenaan berbekalkan kelebihan 4-1 daripada pertemuan pertama di Old Trafford minggu lalu dan ia menyaksikan Betis berdepan misi hampir mustahil untuk menterbalikkan keadaan itu di Estadio Benito Villamarin awal pagi tadi.
Betis melakukan beberapa percubaan berbahaya dalam babak pertama, di mana dua daripadanya terkena tiang gol dan Juanmi pula gagal menewaskan penjaga gol United, David de Gea, dalam situasi satu lawan satu.
United memulakan babak kedua dengan aksi lebih dominan dan selepas percubaannya diselamatkan Rui Silva, Rashford akhirnya memecahkan kebuntuan itu pada minit ke-55 dengan melepaskan rembatan dari jarak 25 ela untuk menewaskan penjaga gol berkenaan.
Sebagai rekod, ia merupakan jaringan ke-27 Rashford dalam kesemua kejohanan sepanjang musim ini dan ia juga merupakan golnya yang ke-25 di peringkat Eropah.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Tiada yang berkebetulan. Apabila dua pemain terhebat turun beraksi, jurang waktu dan jarak perjalanan pun tidak menjadi pemisah. Ia adalah satu malam yang menjadi penanda mercu dan pencapaian bersejarah buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sambil kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Piala Merlion: Malaysia ke final selepas atasi Kemboja
Skuad B-22 negara memulakan kempen Piala Merlion dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 4-2 di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon tetap hargai komitmen pemain walaupun menang tipis
Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, tetap menghargai komitmen yang dipamerkan pasukannya walaupun sekadar mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Turkmenistan semalam.

Persahabatan Antarabangsa: Faisal Halim azam bolosi gawang Hong Kong
Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, berazam untuk meledak jaringan ketika berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa depan.

Piala Merlion: Elavarasan akur ketiadaan Mukhairi Ajmal
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, terpaksa akur kehilangan tonggak tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menjelang saingan Piala Merlion di Singapura bermula Jumaat ini.

Persahabatan Antarabangsa: Cools janji benteng negara kekal tenang
Kejayaan Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu disifatkan satu kenangan terindah.

Liga Super: Akmal Zahir enggan terbuai pujian
Pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Akmal Md Zahir, enggan terbuai dengan pujian selepas menjaringkan gol menarik dalam saingan Liga Super minggu lalu.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon teruja latih pemain dalam bulan Ramadan
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengakui teruja apabila buat kali pertama akan melatih pemain yang berpuasa menjelang satu perlawanan bola sepak.

EPL hormati iftar Ramadan
Ramadan tiba lagi dan pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menghormati kewajipan pemain-pemain beragama Islam dengan meluangkan masa ketika permainan untuk mereka berbuka puasa.

Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.