Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke pusingan 16 selepas merekodkan kemenangan straight set ke atas beregu Jerman, Mark Lamfuss-Marvin Seidel, dalam saingan Terbuka Denmark, sebentar tadi.
Kali terakhir kedua-dua beregu itu berentap dalam saingan Terbuka Switzerland dan kemenangan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik.
Namun di set pertama Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel yang bermula baik dan mendahului kedudukan hinggalah Aaron dan Wooi Yik berjaya mengikat kedudukan 13-13.
Sejak daripada kedudukan tersebutm, Aaron-Wooi Yik kembali mendahului dan berjaya menang set pertama 21-18.
Di set kedua, Aaron-Wooi Yik lebih fokus dan mendominasi perlawanan.
Pasangan Jerman itu bangkit dan merapatkan jurang mata namun gandingan negara itu tetap kental bertahan sekaligus mengekang lawan dari terus mengejar.
Usaha diperkemas lagi -- Aaron dan Wooi Yik terus menyerang sebelum memastikan kemaraan ke pusingan kedua hasil kemenangan 21-19 dalam aksi yang berlangsung selama 36 minit ini.
Pasangan negara bakal bertemu gandingan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar, dan dijangka tiada masalah untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir.
Ammar Hakim
Wed Oct 19 2022


Tang Jie-Ee Wei kembali berlatih bersama Widianto
Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, teruja dapat kembali berlatih bersama jurulatih mereka, Nova Widianto.

Hannah Yeoh sedia dengar luahan Lee Zii Jia
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, sedia menerima kehadiran semula pemain badminton negara, Lee Zii Jia, menyertai badan peneraju negara sukan itu.
.jpg?ext=.jpg)
Zii Jia perlu kaji formula terbaik buru kemenangan
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu mengkaji semula formula kemenangannya tersendiri.

Aaron Chia akui gagal hadirkan prestasi terbaik
Juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa telan hakikat masih dibelenggu prestasi kurang memberangsangkan ketika aksi Jelajah Eropah baru-baru ini.

Tze Yong belum capai tahap terbaik
'Satu kemenangan tidak melambangkan standardnya', itu kata-kata jurulatih perseorangan negara, Hendrawan apabila mengenang kembali kemenangan perseorangan negara, Bg Tze Yong ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
.jpg?ext=.jpg)
Terbuka Switzerland BWF: Soon Huat-Shevon peroleh pengajaran berguna
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengakui mereka agak terburu-buru pada penghujung set ketiga yang menjadi punca tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di perlawanan akhir Terbuka Switzerland.

Zii Jia janjikan aksi lebih mantap
Kejayaan mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland dianggap sebagai pencapaian yang baik buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.

Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon bergelar naib juara
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, bergelar naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas tewas kepada gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di Basel sebentar tadi.

Terbuka Switzerland BWF: Soon Huat-Shevon wakil tunggal negara ke final
Goh Soon Huat-Shevon Lai menghidupkan harapan Malaysia memenangi gelaran Jelajah Dunia BWF pertama tahun ini selepas mereka mara ke final Terbuka Switzerland, selepas Lee Zii Jia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kedua-duanya tewas di separuh akhir.

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.