Ammar Hakim
Sun Oct 23 2022

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak dapat memberikan sebarang perkembangan positif mengenai kecederaan yang dialami Raphael Varane ketika seri 1-1 dengan Chelsea awal pagi tadi.
Varane mempamerkan aksi cemerlang di Stamford Bridge tetapi terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua selepas mencederakan dirinya ketika cuba memotong hantaran kepada Pierre-Emerick Aubameyang.
Pemain kebangsaan Perancis itu kelihatan kecewa ketika meninggalkan padang, seolah-olah mengetahui ia merupakan kecederaan yang serius hingga mampu menjejaskan peluangnya ke Piala Dunia Qatar.
Ten Hag mengakui reaksi awal Varane mungkin memberikan petunjuk tentang tahap serius kecederaan itu, namun masih terlalu awal untuk memastikannya.
Ditanya sama ada terdapat perkembangan mengenai keadaan Varane, Ten Hag memberitahu Sky Sports: "Tiada apa-apa, sebenarnya.
"Saya tahu dia cedera jika tidak dia tidak akan diturunkan, tetapi kami perlu menunggu 24 jam untuk diagnosis dan kemudian kami akan mengetahui lebih lanjut."
Apabila ditekan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai reaksi emosi Varane, Ten Hag menambah: "Tidak mungkin [untuk mengetahui tahap kecederaan].
"Kecederaan itu menjejaskan emosinya, dan itu memberikan perspektif tertentu, tetapi kami tidak tahu. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam, mungkin lebih bagi mengenal pasti tahap kecederaannya."

EPL: Perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp berakhir Liverpool seri dengan Chelsea
Dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut, Liverpool dan Chelsea, sekadar seri tanpa jaringan di Anfield, dalam aksi yang juga merupakan perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp sebagai pengurus.

EPL: Chelsea terus belanja besar dengan datangkan Madueke dari PSV
Chelsea menandatangani Noni Madueke daripada PSV, sekali gus menjadi pemain keenam ditandatangani mereka sepanjang jendela perpindahan bulan ini.

Chelsea: Edouard Mendy rehat panjang akibat patah jari
Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, selesai menjalani pembedahan jari yang patah yang dialaminya dalam latihan minggu ini.

Piala FA Inggeris: Graham Potter yakin tidak jadi mangsa pemilik baru Chelsea
Graham Potter optimis Todd Boehly tidak akan meneruskan legesi seperti Roman Abramovich tatkala Chelsea berjuang untuk menyelamatkan musim mereka.

Benfica ceria fikiran Enzo Fernandez kembali jernih selepas dibayangi Chelsea
Roger Schmidt tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan semula khidmat Enzo Fernandez dalam latihan selepas mengisytiharkan fikiran pemain tengah Benfica itu sudah lapang sejurus kemenangan Liga Primeira, awal pagi tadi.

Potter persiap Raheem Sterling hadapi Manchester City
Graham Potter berkata permulaan mencabar Raheem Sterling di Chelsea sememangnya dapat difahami, tetapi pengurus itu menjangkakan anak buahnya tersebut akan terus berkembang menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya, Manchester City.

Azpilicueta tidak rela Chelsea terus hanyut
Chelsea perlu bersatu untuk mengekalkan harapan dalam usaha perebutan empat tempat teratas musim ini apabila Cesar Azpilicueta menyeru rakan sepasukannya agar mengelak daripada terus keciciran mata.

Lampard dedah cuba bawa Haaland ke Chelsea
Frank Lampard cuba dan gagal membawa masuk khidmat penyerang, Erling Haaland ke Chelsea semasa mengendalikan The Blues.

EPL: Recee James perlu rehat sebulan selepas kecederaan lutut berulang
Recee James perlu berehat selama sebulan selepas mengalami kecederaan lutut berulang, demikian keputusan selepas pemain itu menjalani ujian imbasan.

EPL: Chelsea capai kesepakatan dengan Molde tandatangani Fofana
Chelsea mencapai satu kesepakatan dengan Molde untuk menandatangani penyerang, David Datro Fofana, pada 1 Januari ini, di mana The Blues dilaporkan membelanjakan £10.5 juta (RM55.97 juta) untuk mendatangkan pemain kebangsaan Ivory Coast itu.