Ammar Hakim
Sat Nov 12 2022

Gareth Southgate harus meninggalkan peranannya sebagai pengurus England 'dengan penuh berbangga' selepas Piala Dunia, menurut Jamie Carragher, yang berkata Three Lions telah mencapai kejayaan yang melampau sepanjang pimpinannya.
Southgate telah membawa England ke sekurang-kurangnya ke separuh akhir dalam kejohanan utama berturut-turut, menjadi satu-satunya pengurus yang melakukannya sejak Alf Ramsey (pemenang Piala Dunia 1966, separuh akhir Euro 1968).
Bagaimanapun, dia berdepan kritikan hebat sejak dia menyelia England yang tersingkir dari peringkat teratas Liga Negara-Negara September lalu, dan dicemuh penyokong berikutan kekalahan kepada Itali.
Ketika Southgate menandatangani kontrak lanjutan untuk berjalan sehingga akhir Euro 2024, Carragher percaya dia harus menamatkan perkhidmatannya selepas kempen di Qatar, tetapi berkata dia mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri.
"Sekiranya saya Gareth Southgate, saya akan menjadikan Piala Dunia Qatar sebagai perjalanan terakhir sebagai pengurus England," kata Carragher dalam Telegraph. “Mudah-mudahan England akan menghasilkan prestasi terbaik bagi melengkapkan pimpinan Southgate.
“Selepas kecemerlangannya dalam tugas hingga ke tahap ini, sekurang-kurangnya dia layak untuk membuat sebarang keputusan sendiri apabila dia berasakan masanya sudah tiba.
"Kitaran semula jadi sepatutnya untuk difikirkan semula setiap empat tahun, jadi seorang jurulatih membentuk pasukan ke arah Piala Dunia seterusnya. Melainkan Southgate mempunyai tenaga untuk meneruskannya, adalah lebih bijak untuk memberikan tugas itu kepada pengurus lain.
"Southgate mungkin mampu mengatasi kepada mereka yang mengkritiknya, dalam beberapa minggu akan datang. Harapan saya adalah England kekal sebagai pencabar utama, untuk memberi Southgate pilihan untuk meninggalkan tugas tersebut tanpa sebarang kekecewaan dan berbangga dengan pencapaiannya."

Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Southgate kekal bimbing Three Lions
Gareth Southgate akan kekal sebagai pengurus England melalui Euro 2024, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya berikutan tersingkirnya Three Lions daripada Piala Dunia Qatar.

Gary Neville seru Southgate perlu dikekalkan sehingga Euro 2024
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sehingga Euro 2024 walaupun mereka tersingkir di suku akhir Piala Dunia Qatar, kata Gary Neville.

Piala Dunia Qatar: Pemain bakal pengaruhi kedudukan Southgate -- Capello
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sekiranya dia berasakan pemain berada di belakangnya, menurut bekas jurulatih The Three Lions, Fabio Capello.

Piala Dunia Qatar: Ten Hag harapkan Harry Maguire tonjol prestasi serupa di Manchester United
Erik ten Hag mahu Harry Maguire supaya mengulangi prestasinya di England ketika mewakili Manchester United untuk merebut semula tempat dalam barisan The Red Devils.

Piala Dunia Qatar: Southgate berbangga dengan England, ambil masa tentukan masa depan
Gareth Southgate akan meluangkan masa untuk 'membuat keputusan yang tepat' mengenai masa depannya sebagai pengurus England namun berbangga dengan cara pasukannya bertemu Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Deschamps anggap Perancis 'nasib baik' atasi England
Perancis bertuah dalam kemenangan suku akhir Piala Dunia Qatar ke atas England menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps, yang telah memuji prestasi pasukan kendalian Gareth Southgate.

Piala Dunia Qatar: Igauan sepakan penalti bakal hantui Kane
ENGLAND 1 PERANCIS 2

Piala Dunia Qatar: Gerrard kagum Henderson hidupkan jentera tengah England
Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, memuji pemain tengah England, Jordan Henderson, atas persembahannya dalam Piala Dunia yang tiada celanya.

Piala Dunia Qatar: Kane tekad kekal rutin sepakan penalti
Harry Kane tidak akan mengubah apa-apa tentang rutin sepakan penaltinya sekiranya dia perlu berdepan rakan sepasukan di Tottenham, Hugo Lloris, dalam pertemuan perlawanan suku akhir Piala Dunia di antara England dengan Perancis, awal pagi esok.