Ammar Hakim
Thu Nov 03 2022

Bukayo Saka telah kembali berlatih bersama Arsenal, mengurangkan kebimbangan mengenai peluangnya untuk beraksi bersama England di Piala Dunia Qatar.
Saka telah dipaksa keluar pada minit ke-27 kemenangan 5-0 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu berikutan kekasaran yang dilakukan Renan Lodi, setelah membantu gol pembukaan Gabriel Martinelli.
Kecederaan pemain muda itu membawa kepada kebimbangan dia mungkin tidak cergas untuk beraksi dalam skuad Gareth Southgate untuk Qatar, tetapi semalam, Mikel Arteta mengesahkan Saka telah mengatasi masalah itu.
Dengan Arsenal ingin mendahului kumpulan Liga Europa dengan menewaskan Zurich, Saka telah menyertai Oleksandr Zinchenko dan Mohamed Elneny untuk kembali menjalani latihan.
"Mereka berada dalam tahap yang berbeza, jelas sekali. Mo mengalami kecederaan jangka panjang tetapi telah pulih dengan cara yang sangat baik dan telah berlatih bersama pasukan selama seminggu atau dua," kata Arteta dalam sidang akhbar.
"[Kepulangan Oleks] sangat baru-baru ini, dan dia berlatih hanya dalam dua sesi, dan Bukayo hanya terlepas beberapa sesi latihan sahaja."
Arteta ditanya sama ada Saka mahu bermain selepas mengalami kecederaan, dan menekankan kepentingan membuat keputusan pantas dalam situasi sedemikian.
"Kami menggunakan otak dan akal fikiran kami, tetapi jelas dia mempunyai kecederaan," tambah Arteta.
"Kami membuat keputusan untuk mengeluarkan Saka daripada perlawanan tersebut, dan kini dia sudah pulih. Kami akan menilai tahap kecergasan setiap individu.
"Kami terpaksa membuat keputusan dan kami tidak boleh menangguhkan situasi seperti itu, kerana setiap minit pemain tidak 100 peratus bermain, ia merugikan pasukan. Kami perlu membuat keputusan itu dengan cepat."

EPL: Rice lebih bagus daripada Casemiro, kata Trippier
Declan rice merupakan pemain yang lebih bagus berbanding Casemiro atau Thomas Partey, kata rakan sepasukannya dalam skuad England, Kieran Trippier.

Mikel Arteta tetap bangga dengan pemain Arsenal
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, tetap berbangga dengan pemainnya walaupun pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tumbang 0-1 kepada Everton, malam tadi.

Gabriel Martinelli akan terus berkembang di Arsenal -- Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, membentuk pemain seperti Gabriel Martinelli selepas penyerang itu menandatangani perjanjian baharu di kelab itu.

Pintu Caicedo ke Arsenal mungkin sudah tertutup
Moises Caicedo secara terbuka mendesak untuk berpindah ke Arsenal bulan lalu kerana ia adalah impian sepanjang hayatnya dan kini timbul perasaan bahawa peluang itu mungkin tidak akan berulang lagi.

EPL: Arsenal belanja RM63 juta dapatkan Jorginho daripada Chelsea
Arsenal menandatangani Jorginho daripada pasukan seteru London, Chelsea, menjelang tarikh tutup jendela perpindahan hari ini bagi memperkuatkan jentera tengah mereka.

EPL: Brighton tandatangani Ayari sebagai persediaan hilang Caicedo
Brighton and Hove Albion melengkapkan proses menandatangani Yasin Ayari pada ketika spekulasi melibatkan masa depan Moises Caicedo kian bertiup kencang.

EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Pada Zinchenko, The Gunners bina kekuatan
Persembahan Arsenal musim ini menggamit memori kepada skuad 'The Invincibles’ (Kebal Tanpa Kalah)' pada musim 2003-2004, sehinggakan Manchester City yang mendominasi liga buat sekian lama turut sama terkesan.

Jakub Kiwior perkukuh benteng The Gunners
Arsenal mengukuhkan lagi skuad mereka dalam misi merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menandatangani pertahanan tengah, Jakub Kiwior, daripada kelab Serie A, Spezia.