Kejohanan bola sepak terbesar dunia telah pun bermula di Qatar. Hanya tinggal 16 pasukan bertungkus lumus untuk mencipta nama dan melakar kejayaan sebagai juara!

Sambil menonton dengan penuh keterujaan semua aksi yang sedang berlangsung, anda berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM65,000 daripada CLEAR, jenama syampu anti-kelemumur yang efektif untuk lelaki.

Cabaran JUARA CLEAR berlangsung semasa rehat separuh masa bagi perlawanan-perlawanan secara langsung terpilih hingga perlawanan akhir pada 18 Disember. Permainannya senang sahaja: anda cuma perlu menjaringkan gol sebanyak mungkin dan anda akan memenangi hadiah wang tunai RM100 jika anda berada di antara 10 pengumpul mata tertinggi bagi setiap perlawanan.

Selain itu, pemain terbaik keseluruhan akan menerima Hadiah Utama berupa bola piuter emas bernilai RM30,000 dan hadiah wang tunai RM5,000!

Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini perlawanan-perlawanan yang terlibat di laman web JUARA CLEAR, supaya anda tidak terlepas peluang memenangi hadiah-hadiah tersebut.

Selain menawarkan hadiah-hadiah yang menakjubkan, CLEAR ingin membantu anda kekal segar semasa kejohanan bola sepak ini. Bagi diehard fans, anda mungkin mengalami kekurangan tidur kerana kebanyakan perlawanan bermula dari jam 11 malam dan boleh tamat selewat-lewatnya jam 6 pagi.

Tahukah anda, kekurangan tidur boleh meningkatkan tahap tekanan anda, yang berpotensi menyebabkan kulit kepala gatal dan berkelemumur? Kajian juga menunjukkan bahawa separuh orang yang mengalami kelemumur juga mengalami keguguran rambut.

Tapi anda tak perlu risau jika anda menggunakan CLEAR kerana ia boleh mengurangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala dan menghilangkan sebum berlebihan berkat teknologi Triple Zero: Zero Dandruff, Zero Grease dan Zero Itch.

Jadi, semasa bulan bola sepak pada hujung tahun ini, jadilah JUARA dari segi penampilan dan peraduan bersama CLEAR.