Biarpun berdepan prestasi tidak menentu sehingga rankingnya jatuh ke nombor 10 dunia, Lee Zii Jia masih menjadi sandaran buat negara untuk merealisasikan impian pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Walaupunpun situasi terkini kelihatan tidak memihak Zii Jia, Chef de misson negara ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin, bersetuju untuk memberikan penyelesaian terbaik daripada Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) selepas pertemuan empat mata dengan perseorangan lelaki negara itu di ibu kota hari ini.
Zii Jia sebelum ini meluahkan permintaannya untuk dibincangkan oleh panel RTG dan difahamkan antara permintaan itu adalah untuk membiayai kos perlawanan di luar negara demi kepentingan misi mengutip mata kelayakan ke Paris.
Selain itu, pemain berusia 25 tahun berkenaan turut berharap Jawatankuasa RTG dapat membantunya dalam mengadakan kem latihan di luar negara.
Hamidin, yang juga timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Saya melihat dia (Zii Jia) memang ada peluang (untuk layak ke Sukan Olimpik).
"Kita sedia maklum peluang untuk menang emas Sukan Olimpik memang susah tapi selepas sekian lama, jika dia dapat layak ia sesuatu yang amat baik. Saya harap dia akan berjaya.
"Kita bukan mengharapkan pingat emas daripadanya tetapi jika dia dapat layak, ia sudah cukup bagus.
"Selepas itu, barulah kita akan bejuang bersamanya untuk mendapatkan pingat emas.
"Buat ketika ini, kita tidak boleh memberikan tekanan kepadanya kerana ia akan membawa padah.
"Saya katakan kepada semua pemain badminton termasuk Zii Jia bahawa ketika ini, tiada siapa mendominasi sukan badminton.
"Setiap pemain boleh mengalahkan pemain lain," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Jun 01 2023


Terbuka Hong Kong BWF: Pearly Tan-M Thinaah cari rentak konsisten dalam final
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, menanam iltizam untuk mencapai tahap konsistensi biarpun mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong BWF esok.

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah teruskan kemaraan ke final
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong.

Terbuka Hong Kong BWF: Soon Huat-Shevon tepati ramalan ke separuh akhir
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF dengan menewaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Hanintyas Mentari, secara set langsung di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Ng Tze Yong melangkah gagah ke separuh akhir
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mempamerkan aksi hampir sempurna untuk membenam cabaran pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Goh Jin Wei ke separuh akhir tumbangkan pilihan keenam dari China
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, mencipta kejutan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila menumbangkan pemain pilihan keenam dari China, Han Yue, di Kowloon sebentar tadi, sekali gus layak ke separuh akhir.

Terbuka Hong Kong BWF: Juara Sukan Olimpik sekat Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir
Hasrat untuk menyaksikan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas wakil negara itu tewas dalam aksi suku akhir di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Tze Yong, Zii Jia tempuh nasib berbeza
Dua perseorangan lelaki utama negara menempuh nasib berbeza dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Pearly-Thinaah atasi rakan senegara, Jin Wei mara percuma ke suku akhir
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila mengatasi rakan senegara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, dalam aksi pusingan kedua di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila mengatasi gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Tang Po Hsuan di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka China BWF: Beregu pilihan ketujuh rampas penamat kisah dongeng Tang Jie-Ee Wei
Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk memburu penamat kisah dongeng dalam Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan pilihan ketujuh dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, dalam aksi separuh akhir di Guangzhaou sebentar tadi.