Selesai sudah empat perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir Piala Malaysia minggu lalu dan hanya dua pasukan dapat menarik nafas lega apabila berjaya membawa bekalan selesa menjelang pusingan kedua nanti, iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu.
Bagi Kuala Lumpur City pula, mereka hanya dapat membawa berkalan tipis sahaja setelah berjaya menewaskan Sri Pahang 1-0 di laman sendiri, manakala Sabah dan Perak hanya mampu seri 2-2.
Itu menunjukkan saingan suku akhir ini masih terbuka untuk mencari tempat ke separuh akhir edisi ke-102.
Hanya Harimau Selatan selaku juara bertahan sahaja nampak lebih selesa berbanding Terengganu. Walaupun Sang Penyu berjaya menumpaskan The Red Giants, pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner itu tidak boleh merasa selesa kerana mereka akan berhadapan dengan anak didik Tan Cheng Hoe di Stadium MBPJ. Ini akan memberi sedikit kelebihan kepada juara 33 kali Piala Malaysia itu kerana mengikut rekod pertemuan di MBPJ, ia lebih banyak memihak Selangor dan sudah tentu ia akan menyemarakkan semangat anak didik Tan Cheng Hoe.
Bagi Sabah pula, pemain-pemainnya perlu menyalahkan diri mereka sendiri apabila tidak mengambil peluang untuk mencipta kemenangan selesa di laman sendiri kerana sikap mereka yang memberi peluang kepada The Bos Gaurus untuk bangkit. Jika tidak melakukan kesilapan mudah dan memberi ruang untuk Perak menjaringkan gol, sudah tentu ia akan banyak memberi manfaat pada The Rhinos, namun kini, pemain Sabah telah memberikan motivasi kepada pemain Bos Gaurus untuk terus bangkit mencari kemenangan kedua pusingan kedua di laman mereka nanti.
Sri Pahang pula masih lagi mempunyai harapan untuk bangkit menewaskan Kuala Lumpur City kerana selepas ini, Tok Gajah akan bermain di laman sendiri. Ini sudah tentu akan meningkatkan semangat pemain Tok Gajah dan Fandi Ahmad selaku jurulatih mampu merencanakan strategi yang lebih sesuai. Bukan itu sahaja, kehadiran penyokong pasti akan menambah kekuatan kepada Fandi dan anak didiknya.
Ini akan menjadikan saingan Piala Malaysia edisi ke-102 ini amat menarik untuk diikuti dan ada kemungkinan kejutan-kejutan akan berlaku.
Hasnizam Uzir
Tue Sep 19 2023


Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Walaupun bermain dalam hujan yang lebat, ia tidak menghalang Sabah memberikan aksi yang cemerlang dalam perlawanan pertama Kumpulan H, Piala AFC 2023 ketika bertemu Haugang United dan telah mencipta kemenangan dengan selesa.

Piala Malaysia: JDT tetap waspada ancaman Negeri Sembilan
Biarpun memiliki bekalan selesa, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, tetap mengingatkan skuad kendaliannya itu untuk berwaspada apabila berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

EPL: David Raya yakin mampu jadi penjaga gol utama Arsenal
David Raya yakin dirinya mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal walaupun mengakui tidak pasti akan diturunkan dalam perlawanan 'Derby London' menentang Tottenham hujung minggu ini.

UEL: Abdallah Sima wira Rangers atasi Real Betis
Jaringan tunggal Abdallah Sima dalam babak kedua sudah cukup untuk memberikan Rangers kemenangan 1-0 ke atas Real Betis dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UECL: Emery gesa Aston Villa segera sesuaikan diri dengan keperluan peringkat Eropah
Unai Emery menegaskan bahawa Aston Villa perlu belajar untuk menangani keperluan dalam kejohanan di peringkat Eropah dan enggan menyalahkan pertukaran yang dilakukannya ketika tewas 2-3 kepada Legia Warsaw dalam aksi Liga Persidangan Eropah (UECL) awal pagi tadi.

UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham bangkit atasi TSC
David Moyes memberikan pujian khas buat Mohammed Kudus selepas pemain sayap Ghana itu membantu West Ham bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan TSC Backa Topola dalam perlawanan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: De Zerbi gembira dengan penampilan Brighton walau tewas kepada AEK Athens
Roberto De Zerbi memuji barisan pemain Brighton dalam bilik persalinan walaupun tewas 2-3 kepada AEK Athens dalam penampilan pertama mereka di peringkat Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Klopp anggap kemenangan ke-50 peringkat Eropah tidak penting selepas Liverpool benam LASK
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menganggap kemenangan ke-50 di peringkat Eropah yang dilakukannya selepas Liverpool menewaskan LASK dalam saingan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak penting.

Piala AFC: Terengganu buka kempen dengan tumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners
Terengganu FC memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan apabila menumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners, 1-0 dalam aksi Kumpulan G di Kuala Terengganu sebentar tadi.

FAM akan adakan perbincangan pilih calon terbaik ganti Elavarasan
Susulan peletakan jawatan ketua jurulatih skuad bola sepak B-23 kebangsaan, E. Elavarasan, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram, tampil menjelaskan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan pada Sabtu ini bagi menentukan siapa calon terbaik mengisi jawatan berkenaan.