Muzaffar Musa
Sat Jan 28 2023

MANCHESTER CITY 1 ARSENAL 0
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Dalam perlawanan pusingan keempat di antara pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, dan pasukan di tangga kedua, City, itu tiada siapa sangka seorang pemain pertahanan seperti Ake akan muncul sebagai penjaring gol pemisah kedua-dua pasukan berkenaan.
Dia menemui jaringan tunggal perlawanan itu pada minit ke-64 dengan penyudah leretnya menemui penjuru kanan bawah gawang Matt Turner.
Kedua-dua pasukan itu masih belum bertemu dalam saingan EPL musim ini dan aksi kali ini sudah pasti dapat menggambarkan betapa sengitnya perlawanan apabila mereka bertemu dalam saingan liga pada Februari dan April ini.
City kendalian Guardiola memulakan permainan dengan amat kukuh tetapi Arsenal terlebih dahulu memiliki peluang terbaik seawal minit kelima apabila percubaan Takehiro Tomiyasu dalam dalam kawasan penalti ditepis keluar Stefan Ortega.
Tomiyasu kemudian mempertahankan gawangnya di sebelah bertentangan dengan menghalang gerakan akrobatik Erling Haaland sebelum Turner bertindak tangkas menidakkan jaringan itu.
Pemain sayap baru Arsenal, Leandro Trossard, turut berpeluang untuk memecahkan kebuntuan tetapi usahanya disekat Ortega.
Pada awal babak kedua, Turner bertindak bijak menangkap bola lintangan rendah Kevin De Bruyne yang cuba mencari Haaland.
City kemudian memasukkan Julian Alvarez dan Kyle Walker sebelum sejam permainan dan mula kelihatan lebih berbahaya.
Alvarez melakukan percubaan yang terkena tiang gol kanan, 10 minit sebelum Ake menyumbat masuk gol tunggal City.
Arteta kemudian memasukkan ketua pasukannya, Martin Odegaard, dalam usaha untuk mencari gol penyamaan tetapi ternyata tidak membuahkan hasil.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Tiada yang berkebetulan. Apabila dua pemain terhebat turun beraksi, jurang waktu dan jarak perjalanan pun tidak menjadi pemisah. Ia adalah satu malam yang menjadi penanda mercu dan pencapaian bersejarah buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sambil kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Piala Merlion: Malaysia ke final selepas atasi Kemboja
Skuad B-22 negara memulakan kempen Piala Merlion dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 4-2 di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon tetap hargai komitmen pemain walaupun menang tipis
Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, tetap menghargai komitmen yang dipamerkan pasukannya walaupun sekadar mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Turkmenistan semalam.

Persahabatan Antarabangsa: Faisal Halim azam bolosi gawang Hong Kong
Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, berazam untuk meledak jaringan ketika berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa depan.

Piala Merlion: Elavarasan akur ketiadaan Mukhairi Ajmal
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, terpaksa akur kehilangan tonggak tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menjelang saingan Piala Merlion di Singapura bermula Jumaat ini.

Persahabatan Antarabangsa: Cools janji benteng negara kekal tenang
Kejayaan Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu disifatkan satu kenangan terindah.

Liga Super: Akmal Zahir enggan terbuai pujian
Pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Akmal Md Zahir, enggan terbuai dengan pujian selepas menjaringkan gol menarik dalam saingan Liga Super minggu lalu.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon teruja latih pemain dalam bulan Ramadan
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengakui teruja apabila buat kali pertama akan melatih pemain yang berpuasa menjelang satu perlawanan bola sepak.

EPL hormati iftar Ramadan
Ramadan tiba lagi dan pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menghormati kewajipan pemain-pemain beragama Islam dengan meluangkan masa ketika permainan untuk mereka berbuka puasa.

Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.