Shaiful Shamsudin
Tue Dec 13 2022

Perjalanan berturut-turut Croatia ke separuh akhir Piala Dunia melangkaui impian paling luar biasa buat ketua jurulatih, Zlatko Dalic.
Dalic dilantik pada Oktober 2017 ketika Croatia berada di kedudukan bahaya terlepas Piala Dunia 2018, namun kemenangan sulungnya ke atas Ukraine dalam perlawanan terakhir kumpulan peringkat kelayakan memastikan mereka meraih tempat kedua.
Pada mulanya, Dalic enggan kekal sekiranya Croatia gagal ke Piala Dunia Russia 2018, tetapi kemenangan play-off ke atas Greece dengan agregat 4-1 menghidupkan semula laluan mereka.
Dalic akhirnya membawa skuad Valtreni itu ke final Piala Dunia pertama mereka -- kecundang 2-4 kepada Perancis tetapi pencapaian mereka cukup penting.
Croatia tidak dilabel sebagai pasukan pilihan menjelang Qatar 2022 tetapi kemenangan berturut-turut ke atas Jepun dan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti mengangkat mereka sebagai calon negara Eropah pertama sejak 1990 (Jerman) yang mara ke perlawanan akhir Piala Dunia berturut-turut.
Cabaran Argentina akan menanti di Stadium Lusail awal pagi esok dan dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi, Dalic sempat untuk merenung perjalanannya sendiri sejak 2017.
"Keadaan agak berbeza ketika itu," katanya kepada pemberita.
“Sejujurnya, saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan mara sejauh ini, menjadi ketua jurulatih Croatia dalam dua Piala Dunia, termasuk dalam perlawanan akhir dan separuh akhir.
"Saya fikir ada pihak yang lebih sesuai tetapi syukur saya mampu melaksanakannya dan menggalasnya. Saya sangat bersyukur atas peluang ini.
"Apa pun yang berlaku (awal pagi esok), saya akan tetap berbangga dengan apa yang saya telah capai bersama pasukan kebangsaan Croatia. Saya bangga dengan negara saya dan pemain saya.
"Tiada siapa menjangkakan Croatia dalam tempoh empat tahun ini akan menjadi antara empat pasukan terbaik, jadi kebanggaan saya tiada hadnya. Ia setinggi langit.
"Saya amat gembira ketika ini. Kami semua mempunyai impian, impian saya adalah untuk menjadi ketua jurulatih Croatia. Saya tidak pernah mengimpikan perkara ini, jadi terima kasih kepada tuhan untuk ini."

Piala Dunia Qatar: Hakimi mohon maaf kepada Infantino selepas konfrontasi dengan presiden FIFA
Achraf Hakimi telah memohon maaf kepada Gianni Infantino berikutan konfrontasinya dengan presiden FIFA itu.

Modric beri bayangan wakili Croatia ke Euro 2024
Luka Modric telah memutuskan untuk terus mewakili Croatia selepas kapten veteran itu membantu pasukannya merangkul gangsa di Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Maghribi bukti mampu setanding pasukan elit, kata Regragui
Maghribi menunjukkan mereka boleh bersaing dengan pasukan elit bola sepak antarabangsa selepas menduduki tempat keempat di Piala Dunia Qatar, menurut ketua jurulatih, Walid Regragui.

Piala Dunia Qatar: Croatia tutup kisah 2022 di tempat ketiga
Luka Modric menamatkan kisahnya dalam Piala Dunia dengan hadiah sagu hati pingat gangsa temasya di Qatar selepas Croatia menewaskan Maghribi 2-1 dalam perebutan tempat ketiga, sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Messi pemain berbeza ketika bersama Argentina, kata Gvardiol
Josko Gvardiol akan berbangga kerana telah berdepan dengan 'pemain terbaik dalam sejarah', walaupun Lionel Messi berada di tahap yang lebih tinggi ketika menyarung jersi Argentina untuk mengaibkan pertahanan Croatia itu.

Piala Dunia Qatar: Dalic mahu pastikan Croatia tamat cabaran di tempat ketiga
Tidak dinafikan terdapat persepsi bahawa aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia Qatar adalah lebih daripada perlawanan melengkapkan jadual -- berbanding perlawanan akhir.

Piala Dunia Qatar: Kramaric mahu Croatia akhiri perjalanan dengan kemenangan
Peluang untuk merangkul Piala Dunia Qatar 2022 sudah tertutup buat Croatia dan Maghribi tetapi perjuangan buat negara menjadi pertaruhan apabila kedua dua pasukan bertemu untuk penentuan tempat ketiga esok.

Piala Dunia Qatar: Croatia rayu Luka Modric tangguh persaraan
Persaraan Luka Modric di pentas antarabangsa akan menjadi satu kisah menyedihkan buat peminat bola sepak, kata ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, yang menaruh harapan pemain tengah itu akan kekal bersama pasukannya.

Messi adalah segala-galanya
Tamat sudah hajat Croatia untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut -- kecundang di tangan pemain terbaik dunia yang membara dengan hasrat memburu satu-satunya trofi yang tidak pernah dijulang.

Piala Dunia Qatar: Croatia mangsa sentuhan sebenar Lionel Messi, akui Dalic
Zlatko Dalic mengiktiraf kehebatan Lionel Messi yang menghasilkan persembahan memukau ketika mengatasi Croatia bagi merealisasikan impian Argentina menjulang gelaran Piala Dunia ketiga.