Ammar Hakim
Wed Nov 30 2022

Ben White telah meninggalkan kem latihan England daripada saingan Piala Dunia Qatar dan pulang ke tanah air atas 'alasan peribadi'.
Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu masih belum bermain seminit pun di Qatar, di mana England mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir selepas kemenangan 3-0 ke atas Wales Selasa lalu memastikan mereka mengungguli Kumpulan B.
White -- yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal musim ini -- tidak mungkin kembali ke Qatar sebelum kejohanan berakhir.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak semalam berbunyi, "Ben White telah meninggalkan pangkalan latihan England di Al-Wakrah dan pulang ke tanah air atas sebab peribadi.
“Pemain pertahanan Arsenal itu dijangka tidak akan kembali menyertai skuad untuk baki kejohanan.
"Kami meminta privasi pemain dihormati pada masa ini."
Three Lions kendalian Gareth Southgate akan berdepan Senegal dalam perlawanan pusingan 16 terakhir di Stadium Al Bayt pada Ahad.

Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Southgate kekal bimbing Three Lions
Gareth Southgate akan kekal sebagai pengurus England melalui Euro 2024, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya berikutan tersingkirnya Three Lions daripada Piala Dunia Qatar.

Gary Neville seru Southgate perlu dikekalkan sehingga Euro 2024
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sehingga Euro 2024 walaupun mereka tersingkir di suku akhir Piala Dunia Qatar, kata Gary Neville.

Piala Dunia Qatar: Pemain bakal pengaruhi kedudukan Southgate -- Capello
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sekiranya dia berasakan pemain berada di belakangnya, menurut bekas jurulatih The Three Lions, Fabio Capello.

Piala Dunia Qatar: Ten Hag harapkan Harry Maguire tonjol prestasi serupa di Manchester United
Erik ten Hag mahu Harry Maguire supaya mengulangi prestasinya di England ketika mewakili Manchester United untuk merebut semula tempat dalam barisan The Red Devils.

Piala Dunia Qatar: Southgate berbangga dengan England, ambil masa tentukan masa depan
Gareth Southgate akan meluangkan masa untuk 'membuat keputusan yang tepat' mengenai masa depannya sebagai pengurus England namun berbangga dengan cara pasukannya bertemu Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Deschamps anggap Perancis 'nasib baik' atasi England
Perancis bertuah dalam kemenangan suku akhir Piala Dunia Qatar ke atas England menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps, yang telah memuji prestasi pasukan kendalian Gareth Southgate.

Piala Dunia Qatar: Igauan sepakan penalti bakal hantui Kane
ENGLAND 1 PERANCIS 2

Piala Dunia Qatar: Gerrard kagum Henderson hidupkan jentera tengah England
Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, memuji pemain tengah England, Jordan Henderson, atas persembahannya dalam Piala Dunia yang tiada celanya.

Piala Dunia Qatar: Kane tekad kekal rutin sepakan penalti
Harry Kane tidak akan mengubah apa-apa tentang rutin sepakan penaltinya sekiranya dia perlu berdepan rakan sepasukan di Tottenham, Hugo Lloris, dalam pertemuan perlawanan suku akhir Piala Dunia di antara England dengan Perancis, awal pagi esok.