Ammar Hakim
Sat Dec 10 2022

Virgil van Dijk meratapi kekecewaan selepas Belanda tersingkir daripada Piala Dunia Qatar menerusi sepakan penalti kepada Argentina awal pagi tadi.
Gol daripada Nahuel Molina dan Lionel Messi kelihatan membawa Argentina mara ke separuh akhir, tetapi pemain gantian, Wout Weghorst, menjaringkan dua gol untuk memaksa perlawanan ke masa tambahan.
Kedua-dua pasukan tidak dapat mencari pemenang dalam 30 minit tambahan, tetapi Emiliano Martinez menyelamatkan penalti Van Dijk kemudian Steven Berghuis sebelum Lautaro Martinez memastikan kemenangan sekaligus menyingkirkan Belanda.
Van Dijk bercakap tentang kekecewaannya terhadap pasukannya yang telah berjaya menyamakan kedudukan sebelum tewas menerusi sepakan penalti.
"Saya sangat kecewa kerana kami terkeluar daripada kejohanan itu, selepas perlawanan yang sangat penting," kata pertahanan Liverpool itu.
“Kami mempamerkan perwatakan yang hebat, kami bangkit 15 minit terakhir, mengheret perlawanan ke masa tambahan kemudian penalti.
"Malangnya kami tidak dapat menyelesaikan tugas itu. Kami akan pulang ke rumah. Saya sangat sedih, tetapi itulah kehidupan. Kami tewas menerusi sepakan penalti, dan itulah perkara yang sukar. Ia seperti loteri.
“Kami banyak berlatih sepakan penalti tetapi malangnya, dia [Emiliano Martinez] menafikan dua penalti dan kami terkeluar.
"Saya rasa kami yakin, namun berdepan stadium penuh di mana 80,000 penyokong bersiul menentang anda serta penjaga gol berbeza yang anda tidak hadapi dalam latihan."

Virgil van Dijk mungkin berehat lebih sebulan -- Klopp
Virgil van Dijk akan terlepas aksi selama lebih sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring dalam kekalahan Liverpool kepada Brentford awal minggu ini, demikian disahkan Jurgen Klopp.

EFL: Virgil van Dijk mungkin terlepas aksi Liverpool-Man City
Jurgen Klopp memberi gambaran bahawa tidak akan tersenarai Virgil van Dijk dalam kunjungan Liverpool ke Manchester City, minggu depan.

Klopp beri bayangan Van Dijk terlepas aksi bertemu Man City
Jurgen Klopp telah mencadangkan dia tidak akan mempertimbangkan untuk memilih Virgil van Dijk untuk kembali beraksi Liverpool menentang Manchester City minggu depan.

Piala Dunia Qatar: Van Dijk kecewa penentuan penalti punca Belanda tersingkir
Virgil van Dijk meratapi kekecewaan selepas Belanda tersingkir daripada Piala Dunia Qatar menerusi sepakan penalti kepada Argentina awal pagi tadi.

Man United tidak setaraf Real Madrid -- Van Dijk tawar nasihat buat Gakpo
Virgil van Dijk berkata Manchester United tidak setaraf Real Madrid kerana dia menawarkan nasihat perpindahan kepada rakan senegaranya, Cody Gakpo.

Piala Dunia Qatar: Virgil van Dijk balas kritikan Marco van Basten
Kapten Belanda, Virgil van Dijk, membalas kritikan hebat legenda negaranya sendiri, Marco van Basten yang mempersoalkan kredibilitinya dalam Piala Dunia di Qatar sambil membalas: "Saya tidak fikir dia sentiasa positif."

Piala Dunia Qatar: Van Dijk kecewa Mane tidak dapat beraksi
Virgil van Dijk berasa sedih mendengar bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane akan terlepas Piala Dunia Qatar, tetapi dia berharap Belanda akan mendapat keuntungan daripada ketiadaan bintang Senegal itu.

Virgil van Dijk: Darwin Nunez mula tunjuk taring sebenar
Virgil van Dijk berkata Liverpool tidak pernah meragui kualiti Darwin Nunez berhubung sentuhan penyerang itu yang makin tajam kebelakangan ini.

EPL: Neville tidak sabar lihat pertembungan Haaland-Van Dijk
Keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool dan Manchester City di Anfield malam esok berkemungkinan bergantung kepada bagaimana Virgil van Dijk menghadapi Erling Haaland, kata Gary Neville.

Virgil van Dijk nafi masih dibayangi kecederaan lalu
Virgil van Dijk menepis tanggapan bahawa dia masih dibayangi kecederaan lampau hingga menjadi punca prestasinya merudum bersama Liverpool musim ini.