Harry Kane telah memberitahu penyokong England tiada keperluan untuk panik di sebalik keputusan mengecewakan menjelang saingan ke Piala Dunia.
Di sebalik penurunan dalam prestasi England, Kane percaya pasukan itu mampu menghadirkan permainan yang berkualiti apabila Piala Dunia Qatar bermula November ini.
Ditanya sama ada mesej penting kepada penyokong adalah untuk tidak panik, kapten England itu menjawab, "Saya rasa begitu. Kami tidak panik. Kami tahu kami berusaha untuk bertambah baik.
"Sudah tentu saya memahami kekecewaan penyokong. Saya adalah peminat England dan masih peminat England sama ada saya bermain atau tidak.
“Jika kami berjaya mengharungi kejohanan di Qatar nanti, saya pasti ramai akan melupakan keputusan mengecewakan ini.
"Kami perlu mempamerkan peningkatan, kami mengetahuinya. Penyokong sentiasa hebat dan kekal bersama kami.
"Saya tahu mereka akan bersama kami (menentang Jerman di Wembley) menyokong kami dan semua orang akan teruja dengan Piala Dunia, tanpa mengira apa yang berlaku.
"Semoga kami dapat membalas kepercayaan mereka dengan beberapa keputusan yang baik."
Ammar Hakim
Sun Sep 25 2022


Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Southgate kekal bimbing Three Lions
Gareth Southgate akan kekal sebagai pengurus England melalui Euro 2024, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya berikutan tersingkirnya Three Lions daripada Piala Dunia Qatar.

Gary Neville seru Southgate perlu dikekalkan sehingga Euro 2024
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sehingga Euro 2024 walaupun mereka tersingkir di suku akhir Piala Dunia Qatar, kata Gary Neville.

Piala Dunia Qatar: Pemain bakal pengaruhi kedudukan Southgate -- Capello
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sekiranya dia berasakan pemain berada di belakangnya, menurut bekas jurulatih The Three Lions, Fabio Capello.

Piala Dunia Qatar: Ten Hag harapkan Harry Maguire tonjol prestasi serupa di Manchester United
Erik ten Hag mahu Harry Maguire supaya mengulangi prestasinya di England ketika mewakili Manchester United untuk merebut semula tempat dalam barisan The Red Devils.

Piala Dunia Qatar: Southgate berbangga dengan England, ambil masa tentukan masa depan
Gareth Southgate akan meluangkan masa untuk 'membuat keputusan yang tepat' mengenai masa depannya sebagai pengurus England namun berbangga dengan cara pasukannya bertemu Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Deschamps anggap Perancis 'nasib baik' atasi England
Perancis bertuah dalam kemenangan suku akhir Piala Dunia Qatar ke atas England menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps, yang telah memuji prestasi pasukan kendalian Gareth Southgate.

Piala Dunia Qatar: Igauan sepakan penalti bakal hantui Kane
ENGLAND 1 PERANCIS 2

Piala Dunia Qatar: Gerrard kagum Henderson hidupkan jentera tengah England
Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, memuji pemain tengah England, Jordan Henderson, atas persembahannya dalam Piala Dunia yang tiada celanya.

Piala Dunia Qatar: Kane tekad kekal rutin sepakan penalti
Harry Kane tidak akan mengubah apa-apa tentang rutin sepakan penaltinya sekiranya dia perlu berdepan rakan sepasukan di Tottenham, Hugo Lloris, dalam pertemuan perlawanan suku akhir Piala Dunia di antara England dengan Perancis, awal pagi esok.