Uruguay gagal mara ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar di sebalik kemenangan 2-0 ke atas Ghana sebentar tadi.
La Celeste kelihatan memperoleh tempat kedua Kumpulan H, namun jaringan lewat Korea Selatan berdepan Portugal membenarkan skuad kendalian Paulo Bento mara ke pusinagn 16 berdasarkan kelebihan jaringan berbanding Uruguay.
Dalam pertemuan pertama mereka sejak aksi suku akhir yanh penuh kontroversi pada 2010, di mana Asamoah Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Suarez diarah keluar padang kerana menahan bola dengan tangan, Ghana sekali lagi dihantui situasi itu -- kali ini Ayew gagal menemui jaring.
Giorgian de Arrascaeta menjaringkan dua gol bagi memastikan kemenangan Uruguay, namun tidak memadai apabila gagal mendapatkan gol ketiga sekaligus tersingkir bersama Ghana.
Ammar Hakim
Fri Dec 02 2022


Piala Dunia Wanita: Australia tumbang di tangan Nigeria, Portugal raih kemenangan pertama
Nigeria mencipta kejutan dalam Piala Dunia Wanita 2023 apabila menumbangkan pasukan tuan rumah, Australia, 3-2 di Stadium Suncorp semalam.

Bola sepak wanita: England terikat dengan Portugal menjelang Piala Dunia
England gagal memanfaatkan sebarang peluang untuk terikat tanpa jaringan dengan Portugal dalam aksi pemanas badan di Stadium MK malam tadi.

Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo rasmi tercatat dalam Rekod Dunia
Cristiano Ronaldo sentiasa mencipta suasana luar biasa pada malam ketika dia menerima cenderamata atas penampilan antarabangsanya yang ke-200.

Kelayakan Euro 2024: Dua gol Bruno Fernandes pacu kemenangan Portugal
Bruno Fernandes menjaringkan dua gol di penghujung permainan ketika Portugal menang 3-0 ke atas Bosnia dan Herzegovina awal pagi tadi untuk mengekalkan rekod sempurna mereka dalam kelayakan Euro 2024.

Bruno Fernandes tangkis Cristiano Ronaldo label era baru Portugal
Bruno Fernandes tidak percaya Portugal memerlukan nafas baru yang dinanti-nantikan oleh Cristiano Ronaldo di bawah tunjuk ajar Roberto Martinez.

Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo hadirkan kekaguman, Portugal puas terus kebal
Roberto Martinez menyanjungi pengalaman dimiliki Cristiano Ronaldo selepas pemain berusia 38 tahun itu terus mempamerkan bisanya dengan dua jaringan ketika Portugal membelasah Luxembourg 6-0, sebentar tadi.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Tiada yang berkebetulan. Apabila dua pemain terhebat turun beraksi, jurang waktu dan jarak perjalanan pun tidak menjadi pemisah. Ia adalah satu malam yang menjadi penanda mercu dan pencapaian bersejarah buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sambil kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Kelayakan Euro 2024: Portugal tagih pengalaman Cristiano Ronaldo, kata Martinez
Roberto Martinez percaya pengalaman dan komitmen Cristiano Ronaldo adalah penting untuk kitaran baru Portugal.

Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo hampir bersara wakili Portugal
Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dia sempat mempertimbangkan menggantung but di peringkat antarabangsa sebaik berakhirnya Piala Dunia di Qatar, Disember lalu.

Brazil mahu rebut Jose Mourinho daripada Portugal
Saham Jose Mourinho kian melonjak di peringkat antarabangsa apabila skuad kebangsaan Brazil dilaporkan berminat untuk menyaingi Portugal dalam menandatangani ketua jurulatih itu.