Tite berpesan kepada Brazil agar lebih berwaspada di peringkat kalah mati Piala Dunia di Qatar sambil berharap mendapatkan khidmat Neymar semula daripada kecederaan.

Skuad Samba kecundang 0-1 kepada Cameroon, awal pagi tadi, tetapi kekal mengungguli Kumpulan G dan ini bermakna mereka akan menentang Korea Selatan dalam pusingan 16, bukannya Portugal.

Kekalahan Sepanyol pada hari sebelumnya bakal menyaksikan Brazil dijangka berdepan sama ada Jepun mahupun Croatia dalam suku akhir.

Tanpa mengira siapa lawan yang bakal dihadapi mereka, Brazil pasti akan berasa lebih selesa sebaik Neymar kembali beraksi.

Begitupun, bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu masih belum dapat berlatih dengan bola berikutan kecederaannya buku lali yang menimpa pada hari perlawanan pertama.

Doktor pasukan, Rodrigo Lasmar, mendedahkan: "72 jam menjelang perlawanan seterusnya, kami berdepan kesuntukan. Kami masih mempunyai kemungkinan."





Dengan atau tanpa pemain bintang utamanya itu, ketua jurulatih Brazil tersebut pastinya tidak mahu leka dengan menjelaskan: "Brazil tewas kepada Cameroon. Portugal tewas kepada Korea Selatan. Perancis tewas kepada Tunisia. Argentina tewas kepada Arab Saudi. Saya rasa keputusan-keputusan berkenaan sudah membuktikannya.

"Saya fikir ini adalah satu pertembungan yang sangat sengit, sangat sukar.

"Saya tidak fikir kami boleh menganggap sebarang situasi sebelum ini telah menjadikannya lebih mudah. Kami perlu berhati-hati.



"Kami cukup berhati-hati ketika menghadapi Cameroon. Kami melakukannya. Kami mempunyai segala kebimbangan itu dan kami mengharunginya. Mereka memang berhak, bermain secara langsung dengan sangat baik. Mereka memang berhak untuk kemenangan ini seperti kejayaan Tunisia dan yang lain.

"Kami tidak boleh mengatakan ia akan menjadikannya lebih mudah sementara kami mempunyai kelebihan. Kami tidak boleh mengatakan sebegitu."