Shaiful Shamsudin
Tue Nov 29 2022

PORTUGAL 2 URUGUAY 0
Bruno Fernandes menganggap soal penjaring tidak menjadi isu di kem Portugal selepas kemenangan 2-0 ke atas Uruguay untuk memastikan Portugal menduduki pusingan 16 Piala Dunia.
Pemain tengah Manchester United itu meledak dua gol ketika pasukan kendalian Fernando Santos berkenaan mengesahkan laluan mereka ke peringkat kalah mati dengan baki satu perlawanan selepas menewaskan seteru dari Amerika Selatan tersebut di Stadium Lusail, awal pagi tadi.
Gol pembukaan Portugal pada mulanya diberikan kepada Cristiano Ronaldo yang kelihatan samar-samar ketika menyambut hantaran silang Fernandes pada minit ke-54, tetapi campur tangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya menobatkan jaringan itu kepada pemain tengah tersebut.
Fernandes kemudian mengesahkan mata penuh buat pasukannya menerusi sepakan penalti di penghujung perlawanan dan fokus mereka kini adalah untuk menerajui Kumpulan H dengan mengelak kekalahan kepada Korea Selatan, Jumaat ini.
“Saya rasa adalah tidak penting siapa yang muncul penjaring ketika ini,” katanya ketika ditanya mengenai jaringan pertama juara Euro 2016.
"Saya menganggap Cristiano telah menyentuh bola itu. Saya melakukan hantaran bola kepadanya.
“Tetapi apa yang penting ialah kami dapat mara ke pusingan seterusnya menerusi kemenangan yang sangat penting ketika menentang lawan yang sukar.
“Keutamaan kami adalah menjuarai Kumpulan H termasuk memenangi perlawanan seterusnya, ia membolehkan kami melolosi peringkat kumpulan tanpa kalah menerusi tiga kemenangan, dan itulah yang kami idamkan.
"Kami sedar bahawa kami bakal menemui sebuah pasukan (Korea Selatan) yang sangat teratur. Objektif kami adalah untuk memikirkan perlawanan demi perlawanan -– untuk memenangi kesemua perlawanan fasa kumpulan, kami masih mempunyai satu perlawanan lagi di hadapan kami.
"Kami perlu melakukan yang terbaik kerana kami mahu memenangi semua perlawanan."

Brazil mahu rebut Jose Mourinho daripada Portugal
Saham Jose Mourinho kian melonjak di peringkat antarabangsa apabila skuad kebangsaan Brazil dilaporkan berminat untuk menyaingi Portugal dalam menandatangani ketua jurulatih itu.

El Shaarawy: Mourinho kekal komited bersama Roma
Stephan El Shaarawy berkata Jose Mourinho kekal komited sepenuhnya kepada Roma walaupun terdapat laporan dia berkemungkinan menggantikan Fernando Santos sebagai ketua jurulatih Portugal.

Cristiano Ronaldo kegagalan terbesar di Qatar -- Lothar Matthaus
Cristiano Ronaldo adalah 'kegagalan terbesar Piala Dunia' dan telah 'merosakkan legasinya', dakwa bekas pemain antarabangsa Jerman, Lothar Matthaus.

Evra tidak terkejut jika Ronaldo ambil keputusan bersara
Cristiano Ronaldo mungkin memutuskan untuk menamatkan karier bermainnya selepas melihat impiannya untuk memenangi Piala Dunia musnah, kata bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Patrice Evra.

Ronaldo terlalu mahal untuk mana-mana kelab Portugal, kata presiden Porto
Cristiano Ronaldo terlalu mahal untuk dibeli oleh mana-mana kelab Portugal, menurut presiden Porto, Pinto da Costa.

Piala Dunia Qatar: Fernando Santos kini tidak lagi bersama Portugal
Fernando Santos telah meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih Portugal, menamatkan pimpinan yang menyaksikan dia menjadi pengurus paling berjaya dalam sejarah pasukan kebangsaan tersebut.

Piala Dunia Qatar: Fernandes, Pepe hairan tindakan lantik pengadil Argentina
Bruno Fernandes mengecam keputusan melantik pengadil dari Argentina dalam suku akhir Piala Dunia di antara Portugal dengan Maghribi yang menjadi punca mereka tersingkir apabila mendakwa: "Mereka jelas berat sebelah kepada pihak lawan".

Piala Dunia Qatar: Georgina tempelak ketua jurulatih Portugal
Pasangan hidup Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez, mengkritik taktik ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos, selepas negara itu dikejutkan oleh Maghribi dalam suku Piala Dunia di Qatar, tengah malam tadi.

Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Portugal, cipta kejutan ke separuh akhir
Maghribi menjadi pasukan negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar susulan kejayaan mengatasi Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama.

Piala Dunia Qatar: Cristiano Ronaldo tidak rela tekanan luar musnahkan Portugal
Cristiano Ronaldo mengisytiharkan Portugal "begitu hampir diruntuhkan oleh kuasa luar" ketika bertindak balas berhubung laporan dia mengancam untuk meninggalkan kem Portugal dalam Piala Dunia.