Muzaffar Musa
Sat Nov 19 2022

Vinicius Junior mengakui dia hampir terlepas Kejohanan Piala Dunia Qatar disebabkan menjadi mangsa 'terjahan kotor' dalam perlawanan liga menjelang saingan terbesar itu.
Pemain sayap Real Madrid itu telah terlibat dengan sembilan gol (enam jaringan dan tiga bantuan) musim ini -- hanya Robert Lewandowski (17) dan Borja Iglesias (10) mempunyai catatan lebih baik.
Dia juga telah mewakili Brazil sebanyak 16 kali selepas melakukan penampilan pertama pada 2019 dan kini menjadi tonggak penting buat pasukan asuhan Tite itu menjelang saingan di Qatar.
Dengan saingan pertengahan musim menjelang Piala Dunia mendapat kritikan apabila nama-nama besar termasuk Sadio Mane dan Paul Pogba terpaksa diketepikan kerana kecederaan, Vinicius berkata dia dan rakan sepasukannya, Rodrygo, kerap menjadi mangsa terjahan yang tidak sepatutnya daripada pihak lawan.
"Apa yang berlaku di atas padang biarkan di atas padang tetapi ia sudah melampau," katanya kepada Reuters.
"Anda boleh turun dengan amat gagah tetapi mereka kemudian akan bermain kotor dengan terjahan dan anda akan terlepas Piala Dunia.
"Apabila anda mula menjadi pemain penting, seteru anda akan mula bermain dengan lebih keras. Anda perlu belajar untuk menanganinya.
"Saya banyak belajar daripada Neymar ketika dia bersama Barcelona, dia juga banyak menderita, Cristiano (Ronaldo), sewaktu dia bersama Real, dia juga menghadapinya.
"Tetapi Karim (Benzema) yang memberitahu saya untuk kekal tenang dan tidak tertekan, kerana seteru akan mencari anda kerana anda penting, kerana mereka takut kepada anda.
"Jadi, disebabkan itu, apabila saya mendapat bola dan meluru ke depan, saya melakukannya dengan berhati-hati. Benar saya boeh tercedera tetapi saya bersedia untuk menghadapi terjahan mereka," katanya.
Brazil akan memulakan misi kejuaraan dunia keenam dengan menentang Serbia awal pagi Jumaat ini.
Mereka tidak pernah kalah sepanjang 15 perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala dunia dengan memenangi 12 daripadanya, di mana kekalahan terakhir mereka adalah kepada Norway pada 2018.

Liga Super: Usia bukan penghalang Del Valle pacu gemilang Selangor FC
Penyerang baru Selangor FC, Ayron Del Valle, berkata faktor usia bukan penghalang untuk dia memacu kejayaan buat pasukan Merah Kuning itu musim ini.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Selangor FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.

Liga Super: Cabaran baru beraksi petang
Perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang akan menjadi cabaran baru buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.

LaLiga: Xavi gembira Marcos Alonso pilih kekal di Barcelona
Xavi yakin Marcos Alonso akan memainkan peranan besar dalam usaha Barcelona untuk memenangi lebih banyak trofi selepas pemain itu menandatangani kontrak baru semalam.

EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

EPL: Klopp janji trofi sedang menanti Liverpool selepas waktu sukar
Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.

FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.

EPL: Kieran Trippier gembira lanjut kontrak di Newcastle United
Kieran Trippier menandatangani kontrak lanjutan di Newcastle United dan pertahanan kebangsaan England itu turut membandingkan The Magpies bimbingan Eddie Howe dengan bekas pasukannya, Atletico Madrid, kendalian Diego Simeone.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Bekas penjaring gol terbanyak liga Colombia, Ayron del Valle, dikaitkan untuk menyertai Selangor FC dalam masa terdekat.