Shaiful Shamsudin
Sun Dec 11 2022

Frenkie de Jong menyifatkan pegawai perlawanan dalam pertemuan suku akhir Piala Dunia membabitkan perlawanan Belanda dan Argentina sebagai 'satu skandal' apabila menuduh pengadil, Antonio Mateu Lahoz, telah dipengaruhi oleh Lionel Messi.
Belanda melakukan kebangkitan luar biasa untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas ketinggalan 0-2 tetapi dua ledakan Wout Weghorst kembali mengimbangi kedudukan, namun skuad Oranje terkilan disingkirkan menerusi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan mereka tewas 3-4.
Lahoz dikritik hebat atas prestasinya itu selepas melayangkan 15 kad kuning sepanjang perlawanan.
Ketua pasukan Argentina, Messi, melabel Lahoz tidak layak ditugaskan untuk perlawanan sebegitu sementara De Jong turut bersetuju, tetapi dia berasakan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu turut memainkan peranan.
"Apabila masa permainan sebenar telah tamat, semua pemain Argentina menyerbu pengadil dan sejak itu dia hanya meniup wisel untuk Argentina," kata De Jong mengenai Lahoz.
"Kasut Jurrien Timber ditendang sebaliknya kami pula dituduh melakukan kekasaran. Luuk de Jong hanya memenangi tandukan biasa dan dia turut meniup wiselnya, mereka menendang bola ke bangku simpanan kami, dia juga tidak pedulinya.
"Messi mengambil bola dengan tangannya, pengadil hanya membiarkannya. Dia benar-benar satu skandal.
"Dia seorang yang baik, pengadil yang baik. Tetapi di sini dia tidak begitu. Saya rasa dia telah hilang arah dalam tambahan masa.
"Boleh jadi aura Lionel Messi turut mempengaruhi hal itu. Ia bukan silap pengadil tetapi ia menjejaskan permainan ini."

EPL: Martinez kembali ke Manchester United selepas bergelar juara dunia
Lisandro Martinez kembali ke Manchester United selepas kejayaannya memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar, sekali gus akan menjadi satu lonjakan semangat buat skuad bimbingan Erik ten Hag berkenaan.

Di Maria raikan kejayaan Argentina dengan tatu Piala Dunia gergasi di kaki
Angel Di Maria memperingati kejayaan Argentina dalam Piala Dunia Qatar dengan mencacah tatu trofi berkenaan di kakinya.

Emery tunggu Emi Martinez di Aston Villa selepas keraian melampau sindir Mbappe
Unai Emery akan memberikan nasihat kepada Emiliano Martinez berkenaan keraian kontroversi pemain itu ketika Argentina memenangi Piala Dunia Qatar baru-baru ini sebaik penjaga gol berkenaan kembali ke pangkuan Aston Villa.

EPL: Ten Hag beri amaran Martinez perlu kembali fokus selepas menang Piala Dunia
Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, perlu bersedia memberikan impak dengan kepulangannya ke kelab berkenaan selepas memenangi Piala Dunia bersama Argentina, tegas pengurus pasukan itu, Erik ten Hag.

Allegri harap kejayaan Piala Dunia lonjak semangat Di Maria
Angel Di Maria telah dihembus semangat baru dengan kejayaan Piala Dunia bersama Argentina, yang dilihat oleh Massimiliano Allegri sebagai berita baik untuk Juventus.

Salt Bae kini di bawah siasatan FIFA
FIFA sedang menyiasat bagaimana cef selebriti, Salt Bae, mendapat akses ke perayaan di padang bersama Argentina selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar.

Martinez penuh bermuslihat – sukainya atau bencikannya
Sepanjang lebih dua dekad lalu, setiap edisi Piala Dunia masing-masing menampilkan penjaga gol berkaliber yang diangkat sebagai wira buat pasukan.

Mentaliti juara Lisandro Martinez mampu pacu Manchester United --McTominay
Mentaliti pertahanan Argentina yang memenangi Piala Dunia, Lisandro Martinez, boleh menjadi azimat membantu Manchester United menamatkan kemarau trofi lima tahun mereka musim ini, menurut Scott McTominay.

Piala Dunia Qatar: 'Hantaran' kejayaan Lionel Messi tertinggi di Instagram
Hantaran mesej Lionel Messi di Instagram ketika meraikan kemenangan Piala Dunia buat Argentina kini merupakan imej paling popular dalam sejarah platform media sosial itu apabila menerima tanda suka oleh 56 juta peminat.

Piala Dunia Qatar: Argentina tidak dapat tamatkan perarakan trofi di Buenos Aires
Argentina tidak dapat menyempurnakan perarakan kemenangan Piala Dunia berikutan bas mereka ditahan oleh orang ramai di Buenos Aires.