Qatar diberikan gambaran sebenar dua bulan sebelum menganjurkan Piala Dunia apabila ditewaskan 3-0 oleh skuad B23 Croatia dalam perlawanan persahabatan semalam.
Gol awal Tonio Teklic dan Josip Mitrovic meletakkan pasukan muda Croatia mengawal permainan, dan kemenangan mereka dimeterai tiga minit sebelum tamat perlawanan oleh Sandro Kulenovic.
Pasukan Croatia itu kebanyakannya terdiri daripada pemain domestik, dan bebas daripada bintang senior serta dibarisi pemain B21, namun tetap selesa mengatasi Qatar, yang di bawah bimbingan Felix Sanchez.
Tuan rumah Piala Dunia 2022 itu sepatutnya bertemu Bolivia dalam aksi persahabatan di Austria, tetapi lawan mereka membatalkan perlawanan -- jadi pasukan sementara Croatia telah dibentuk untuk melengkapkan aksi 90 minit.
Qatar turut membuat perancangan minggu ini- untuk bertemu Kanada dan Chile. Ia dilihat sebagai persiapan terakhir sebelum saingan bermula November ini.
Qatar membuka tirai aksi Piala Dunia bertemu Ecuador, sebelum berdepan Senegal dan Belanda dalam aksi Kumpulan A.
Ammar Hakim
Tue Sep 20 2022


Hoki Piala Dunia: Shello Silverius terima hakikat terlepas kempen
Penyerang muda meningkat naik skuad hoki negara, Shello Silverius, sudah bersedia menerima hakikat diketepikan untuk ke Piala Dunia bermula 13 Januari hadapan berikutan kecederaan tangan kirinya dalam Kejohanan Piala Negara-Negara.

Kemenangan Messi di Piala Dunia tidak cukup untuk pintas Maradona -- Zanetti
Kejayaan Piala Dunia Lionel Messi tidak mencukupi untuk dia mengatasi Diego Maradona sebagai pemain terhebat Argentina, menurut Javier Zanetti.

FIFPRO bantah format baru FIFA
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seakan-akan meletakkan kebajikan pemain dalam risiko menerusi perancangan membuta-tuli memperkenalkan 32 pasukan dalam Piala Dunia 2026.

Piala Dunia Qatar: Lewandowski akhiri penantian sumbat gol sulung
Robert Lewandowski menamatkan penantian untuk menjaringkan gol pertama dalam saingan Piala Dunia ketika Poland mengambil langkah ke hadapan untuk mara ke peringkat kalah mati buat pertama kali dalam tempoh 36 tahun selepas mengatasi Arab Saudi 2-0 sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Gavi atasi Pele selaku penjaring termuda kejohanan
Pemain tengah Sepanyol, Gavi menjadi penjaring gol ketiga termuda dalam sejarah Piala Dunia dan termuda sejak legenda Brazil Pele pada 1958 dengan jaringannya pada minit ke-74 dalam kemenangan 7-0 menentang Costa Rica awal pagi tadi.

Piala Dunia Qatar: Mitrovic perkuat Serbia bertemu Brazil
Aleksandar Mitrovic kembali berlatih bersama Serbia dan tidak mengalami kesakitan selepas kecederaan kakinya, ketika negaranya berharap dia akan cergas untuk beraksi menentang Brazil lewat malam ini.

Piala Dunia Qatar: Gol kemenangan Jepun terlalu mudah -- Gundogan ratapi kekalahan Jerman
Gol kemenangan Jepun dalam kemenangan mengejut ke atas Jerman merupakan antara gol yang paling mudah dihasilkan dalam saingan Piala Dunia, menurut Ilkay Gundogan.

Piala Dunia Qatar: Ini adalah pentas Mbappe -- Deschamps puji aksi cemerlang bintang PSG
Didier Deschamps percaya Kylian Mbappe bersedia untuk satu lagi kempen Piala Dunia yang tidak dapat dilupakan selepas dia menjaringkan gol dan satu bantuan dalam kemenangan 4-1 Perancis ke atas Australia, dengan menyatakan, 'Ia adalah pertandingannya'.

Piala Dunia Qatar: Jangan gentar, Brazil perlu hadirkan mentaliti kemenangan -- Ederson
Penjaga gol Brazil, Ederson, berkata The Selecao hanya boleh memenuhi impian Piala Dunia mereka jika mereka mempunyai 'mentaliti kemenangan' dalam beberapa minggu akan datang.

Piala Dunia Qatar: Juara bertahan peroleh permulaan terbaik, Mbappe, Giroud menyinar
Penyerang Perancis, Olivier Giroud, menyamai rekod jaringan Thierry Henry ketika Les Bleus bangkit untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia awal pagi tadi.