Luis Enrique meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Sepanyol berikutan kekalahan mengejut pasukannya dalam pusingan 16 Piala Dunia kepada Maghribi, demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF).
Sepanyol tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti berikutan perlawanan di Stadium Education City kelmarin berakhir tanpa jaringan selepas masa tambahan.
Kontrak bekas pengurus Barcelona itu akan berakhir sebaik kejohanan di Qatar berkenaan berakhir dan sebentar tadi pengumuman untuk mengosongkan kerusi panas tersebut disahkan.
“RFEF ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis Enrique dan seluruh kakitangan kejurulatihannya yang menerajui pasukan kebangsaan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan persekutuan terbabit.
"Pengurusan sukan RFEF telah menyerahkan laporan kepada presiden untuk menentukan projek baharu harus dimulakan ke atas pasukan bola sepak Sepanyol.
"Matlamatnya adalah untuk meneruskan perkembangan yang telah dicapai dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini hasil tugas Luis Enrique dan barisan kejurulatihanya.
"Presiden, Luis Rubiales, dan Pengarah Sukan, Jose Francisco Molina, telah memaklumkan keputusan ini kepada jurulatih.
"RFEF dengan penuh semangat ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Luis Enrique dan pasukannya berhubung projek profesional masa depan mereka.
"Jurulatih wajar menerima kasih sayang dan kekaguman rakan sejawatnya dalam pasukan kebangsaan dan seluruh persekutuan ini yang akan sentiasa menjadi kampung halamannya."
Shaiful Shamsudin
Thu Dec 08 2022


Piala Dunia Qatar: Luis Enrique mohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tinggalkan pasukan
Luis Enrique memohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022, yang turut menyaksikan dia kehilangan jawatannya.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol tidak lanjut kontrak Luis Enrique
Luis Enrique meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Sepanyol berikutan kekalahan mengejut pasukannya dalam pusingan 16 Piala Dunia kepada Maghribi, demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF).

Piala Dunia Qatar: Sepanyol tetap berhajat juarai Kumpulan E, kata Luis Enrique
Luis Enrique melihat gambaran yang lebih besar selepas Sepanyol terikat dengan Jerman apabila berpuas hati dengan hakikat La Roja menuju ke perlawanan penentuan Kumpulan E, Piala Dunia di Qatar sebagai pendahulu.

Piala Dunia Qatar: Luis Enrique mahu Sepanyol ke final
Luis Enrique mahu pasukan bimbingannya, Sepanyol, ke final Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Jordan 3-1 dalam aksi pemanas terakhir awal pagi tadi sebelum kejohanan sebenar membuka tirai hujung minggu ini.

Piala Dunia Qatar: Ramos luah hasrat mahu beraksi bersama Sepanyol
Sergio Ramos menyifatkan prospek untuk kembali ke skuad Sepanyol kendalian Luis Enrique untuk Piala Dunia sebagai 'impian' selepas menikmati permulaan cemerlang musim ini bersama Paris Saint-Germain.

Liga Negara-Negara: Luis Enrique belum ada bayangan kesebelasan terbaik Sepanyol
Luis Enrique menyambut baik persaingan merebut tempat dalam skuad Sepanyol selepas juara dunia 2010 itu mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL).

Liga Negara-Negara: Bertemu Portugal ibarat aksi final, kata Luis Enrique
Pengendali Sepanyol, Luis Enrique, telah meminta untuk kekal tenang berikutan kekalahan 2-1 Liga Negara-Negara UEFA di tempat sendiri kepada Switzerland.

Liga Negara-Negara: Switzerland buat Sepanyol putih mata di Zaragoza
Sepanyol gagal mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan A2 selepas tewas 2-1 kepada Switzerland dalam saingan Liga Negara-Negara di hadapan penyokong yang kecewa di Zaragoza.

Luis Enrique perkenal teknologi baru dalam latihan skuad Sepanyol
Luis Enrique semakin terkenal dengan kaedah latihannya yang inovatif dan menjelang perlawanan Sepanyol menentang Switzerland dan Portugal akan datang, penambahan baharu telah hadir semasa sesi latihan.

Liga Negara-Negara UEFA: Saya tahu banyak tentang bolasepak -- Enrique
Pengendali Sepanyol, Luis Enrique, berada dalam suasana kurang senang ketika dia mempertahankan prestasi pasukannya selepas menang 1-0 ke atas Switzerland dalam saingan Liga Negara-Negara (UEFA Nations League) awal pagi tadi.