Kemaraan Argentina ke separuh akhir Piala Dunia Qatar menyebabkan Lionel Messi berkata semangat Diego Maradona 'mendorong mereka untuk berjaya'.
Argentina tidak pernah memenangi kejohanan itu sejak Maradona menginspirasikan kejayaan kedua mereka pada 1986, dan ini adalah pusingan akhir pertama sejak kematiannya dua tahun lalu.
Kapten Albiceleste, Messi, telah lama dibandingkan dengan seorang lagi legenda Argentina, dengan persembahannya di Qatar menggalak peluang mereka mengejar gelaran ketiga.
Messi memberikan bantuan jaringan kepada Nahuel Molina menentang Belanda dalam aksi suku akhir, kemudian menggandakan pendahuluan pasukannya menerusi sepakan penalti.
Tetapi Argentina diberi tentangan apabila dua gol dramatik Wout Weghorst mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Emiliano Martinez menafikan dua penalti, membolehkan Argentina menyerlah sebelum meraikan di atas padang di hadapan peminat mereka -- dengan Maradona ternyata berada dalam fikiran mereka.
"Kami meninggalkannya di atas padang dengan untuk Argentina," kata Messi. “Kami menikmati saat itu di sini dan di Argentina.
“Penyokong yang hadir memberikan semangat, kami berjaya mara ke separuh akhir.
"Sekarang kami mempunyai beban di bahu kami, dan kami telah mengatakan dari awal: semangat Maradona sentiasa membantu kami."
Messi tahu betapa hampir Argentina tersingkir, walaupun dia tidak berasakan perlawanan itu sepatutnya diheret ke masa tambahan kerana gol kedua Weghorst datang daripada sepakan percuma pada minit ke-101 yang penuh kontroversi.
“Terdapat banyak kekecewaan apabila mereka menyamakan kedudukan, yang sangat tidak adil,” kata Messi. “Ia datang daripada bola mati yang tidak seharusnya diberikan.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil, anda boleh dihukum jika melakukannya. Dia tidak mencapai standard dan dia bersikap keras terhadap kami."
Ammar Hakim
Sat Dec 10 2022


Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Barcelona terus terkesan tanpa Lionel Messi, kata Simeone
Diego Simeone percaya adalah sukar bagi mana-mana pasukan untuk tidak terjejas dek kehilangan Lionel Messi, menjelang pertembungan Atletico Madrid dengan Barcelona.

Laporta: Lepaskan Messi jadi jalan terbaik Barcelona
Presiden Barcelona, Joan Laporta, mengulangi pendiriannya bahawa adalah mustahil untuk mengekalkan Lionel Messi di kelab itu pada 2021 memandangkan mereka mereka dihimpit masalah kewangan yang meruncing.

Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona -- Guardiola
Pep Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.

Kemenangan Messi di Piala Dunia tidak cukup untuk pintas Maradona -- Zanetti
Kejayaan Piala Dunia Lionel Messi tidak mencukupi untuk dia mengatasi Diego Maradona sebagai pemain terhebat Argentina, menurut Javier Zanetti.

Piala Dunia Qatar: Messi 'tidak percaya' Argentina tamat penantian 36 tahun
Lionel Messi meluahkan rasa tidak percayanya selepas Argentina menamatkan penantian lama mereka untuk merangkul gelaran Piala Dunia ketiga dengan kemenangan mendebarkan ke atas Perancis.

Piala Dunia Qatar: Mac Allister akui Messi adalah sebab Argentina memenangi aksi final
Lionel Messi adalah sebab di sebalik kegemilangan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar menentang Perancis, Alexis Mac Allister percaya, sambil menyatakan pandangannya bahawa penyerang itu adalah pemain terhebat sepanjang zaman.

Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang tersenyum -- Pele
Legenda Brazil, Pele, menghantar ucapan tahniah kepada Argentina selepas kemenangan menakjubkan di Piala Dunia Qatar, menyifatkan Lionel Messi telah melengkapkan takdirnya untuk bergelar juara dunia.

Piala Dunia Qatar: Saya mahu terus beraksi sebagai sang juara -- Lionel Messi
Lionel Messi masih belum sedia untuk melabuhkan tirai.

Piala Dunia Qatar: Neymar ucap tahniah kepada Messi selepas Argentina muncul juara
Lionel Messi adalah pemenang Piala Dunia pada percubaan kelima dan terakhir, selepas Argentina mengatasi Perancis dalam salah satu perlawanan terhebat dalam sejarah kejohanan itu.