Ammar Hakim
Thu Dec 01 2022

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni tidak berpuas hati dengan tarikh pusingan 16 terakhir Piala Dunia Qatar bertemu Australia.
La Albiceleste menang 2-0 ke atas Poland di Stadium 974 untuk mendahului Kumpulan E dan memastikan mara ke pusingan seterusnya, keputusan yang kelihatan dalam keraguan sebenar selepas kekalahan mereka kepada Arab Saudi pada hari perlawanan pertama.
Lionel Messi menyaksikan sepakan penalti dinafikan Wojciech Szczesny pada separuh masa pertama, tetapi gol daripada Alexis Mac Allister dan Julian Alvarez selepas rehat sepatutnya membawa Argentina ke pusingan 16 terakhir.
Menanti mereka adalah Australia, yang menewaskan Denmark untuk mara ke peringkat kalah mati.
Argentina akan menjadi pilihan utama, tetapi Scaloni berasa kecewa dengan jadual mereka untuk perlawanan berikutnya.
"Hari ini kami gembira tetapi tidak terlalu gembira, kerana saya fikir ia gila kami bermain dalam tempoh dua hari sahaja," katanya.
"Saya tidak faham perkara ini. Kami bermain agak lewat dan saya berasakan Argentina memerlukan rehat yang lebih banyak.
"Saya ingin menjelaskan jadual perlawanan kami tidak sesuai kerana kami hanya mempunyai dua setengah hari berehat selepas berada di tempat pertama dalam kumpulan. Perkara itu tidak kelihatan baik bagi kami."

EPL: Martinez kembali ke Manchester United selepas bergelar juara dunia
Lisandro Martinez kembali ke Manchester United selepas kejayaannya memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar, sekali gus akan menjadi satu lonjakan semangat buat skuad bimbingan Erik ten Hag berkenaan.

Di Maria raikan kejayaan Argentina dengan tatu Piala Dunia gergasi di kaki
Angel Di Maria memperingati kejayaan Argentina dalam Piala Dunia Qatar dengan mencacah tatu trofi berkenaan di kakinya.

Emery tunggu Emi Martinez di Aston Villa selepas keraian melampau sindir Mbappe
Unai Emery akan memberikan nasihat kepada Emiliano Martinez berkenaan keraian kontroversi pemain itu ketika Argentina memenangi Piala Dunia Qatar baru-baru ini sebaik penjaga gol berkenaan kembali ke pangkuan Aston Villa.

EPL: Ten Hag beri amaran Martinez perlu kembali fokus selepas menang Piala Dunia
Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, perlu bersedia memberikan impak dengan kepulangannya ke kelab berkenaan selepas memenangi Piala Dunia bersama Argentina, tegas pengurus pasukan itu, Erik ten Hag.

Allegri harap kejayaan Piala Dunia lonjak semangat Di Maria
Angel Di Maria telah dihembus semangat baru dengan kejayaan Piala Dunia bersama Argentina, yang dilihat oleh Massimiliano Allegri sebagai berita baik untuk Juventus.

Salt Bae kini di bawah siasatan FIFA
FIFA sedang menyiasat bagaimana cef selebriti, Salt Bae, mendapat akses ke perayaan di padang bersama Argentina selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar.

Martinez penuh bermuslihat – sukainya atau bencikannya
Sepanjang lebih dua dekad lalu, setiap edisi Piala Dunia masing-masing menampilkan penjaga gol berkaliber yang diangkat sebagai wira buat pasukan.

Mentaliti juara Lisandro Martinez mampu pacu Manchester United --McTominay
Mentaliti pertahanan Argentina yang memenangi Piala Dunia, Lisandro Martinez, boleh menjadi azimat membantu Manchester United menamatkan kemarau trofi lima tahun mereka musim ini, menurut Scott McTominay.

Piala Dunia Qatar: 'Hantaran' kejayaan Lionel Messi tertinggi di Instagram
Hantaran mesej Lionel Messi di Instagram ketika meraikan kemenangan Piala Dunia buat Argentina kini merupakan imej paling popular dalam sejarah platform media sosial itu apabila menerima tanda suka oleh 56 juta peminat.

Piala Dunia Qatar: Argentina tidak dapat tamatkan perarakan trofi di Buenos Aires
Argentina tidak dapat menyempurnakan perarakan kemenangan Piala Dunia berikutan bas mereka ditahan oleh orang ramai di Buenos Aires.