Lionel Messi masih belum sedia untuk melabuhkan tirai.
Ikon bola sepak berusia 35 tahun itu berkata pada Oktober bahawa dia akan bermain dalam Piala Dunia FIFA terakhirnya tahun ini di Qatar.
Dia menamatkan kejohanan dengan dua gol pada perlawanan akhir, membawa Argentina meraih kemenangan dramatik menerusi penentuan penalti ke atas Perancis untuk gelaran Piala Dunia pertamanya.
Kini, setelah dia mencapai gelaran tertinggi dalam bola sepak antarabangsa, dia mahu terus menikmati kemenangan sambil memakai biru dan putih.
“Saya tidak akan bersara daripada pasukan kebangsaan,” kata Messi.
“Saya mahu terus bermain sebagai juara.”
Messi pertama kali beraksi untuk La Albiceleste pada 2005 dan mula melangkah ke pentas Piala Dunia buat kali pertama pada 2006. Dia memperoleh pingat emas Olimpik pada 2008 dan mengetuai pasukan itu ke final Piala Dunia pada 2014, tetapi dia akhirnya mencapai kemuncak bola sepak antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Messi mendapat trofi utama pertamanya bersama Argentina pada 2021 apabila negara itu menewaskan saingan Brazil dalam perlawanan akhir Copa América. Satu-satunya kejohanan yang tidak dimenangi sepanjang kerjayanya ialah gelaran Piala Dunia.
Tekanan segera menimpa Argentina di Qatar selepas pasukan itu menjatuhkan perlawanan pembuka kumpulan kepada Arab Saudi. Messi dan rakan sepasukan mempamerkan kebangkitan, memenangi enam baki perlawanan mereka dan mengatasi juara bertahan Piala Dunia itu untuk muncul sebagai pemenang dan menjulang trofi.
Copa América akan kembali pada 2024, manakala Piala Dunia seterusnya akan berlangsung pada musim panas 2026. Ia masih dapat dilihat berapa lama Messi akan terus mewakili La Albiceleste, tetapi dia akan menjadi juara Piala Dunia selama-lamanya.
Ammar Hakim
Sun Dec 18 2022


Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Barcelona terus terkesan tanpa Lionel Messi, kata Simeone
Diego Simeone percaya adalah sukar bagi mana-mana pasukan untuk tidak terjejas dek kehilangan Lionel Messi, menjelang pertembungan Atletico Madrid dengan Barcelona.

Laporta: Lepaskan Messi jadi jalan terbaik Barcelona
Presiden Barcelona, Joan Laporta, mengulangi pendiriannya bahawa adalah mustahil untuk mengekalkan Lionel Messi di kelab itu pada 2021 memandangkan mereka mereka dihimpit masalah kewangan yang meruncing.

Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona -- Guardiola
Pep Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.

Kemenangan Messi di Piala Dunia tidak cukup untuk pintas Maradona -- Zanetti
Kejayaan Piala Dunia Lionel Messi tidak mencukupi untuk dia mengatasi Diego Maradona sebagai pemain terhebat Argentina, menurut Javier Zanetti.

Piala Dunia Qatar: Messi 'tidak percaya' Argentina tamat penantian 36 tahun
Lionel Messi meluahkan rasa tidak percayanya selepas Argentina menamatkan penantian lama mereka untuk merangkul gelaran Piala Dunia ketiga dengan kemenangan mendebarkan ke atas Perancis.

Piala Dunia Qatar: Mac Allister akui Messi adalah sebab Argentina memenangi aksi final
Lionel Messi adalah sebab di sebalik kegemilangan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar menentang Perancis, Alexis Mac Allister percaya, sambil menyatakan pandangannya bahawa penyerang itu adalah pemain terhebat sepanjang zaman.

Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang tersenyum -- Pele
Legenda Brazil, Pele, menghantar ucapan tahniah kepada Argentina selepas kemenangan menakjubkan di Piala Dunia Qatar, menyifatkan Lionel Messi telah melengkapkan takdirnya untuk bergelar juara dunia.

Piala Dunia Qatar: Saya mahu terus beraksi sebagai sang juara -- Lionel Messi
Lionel Messi masih belum sedia untuk melabuhkan tirai.

Piala Dunia Qatar: Neymar ucap tahniah kepada Messi selepas Argentina muncul juara
Lionel Messi adalah pemenang Piala Dunia pada percubaan kelima dan terakhir, selepas Argentina mengatasi Perancis dalam salah satu perlawanan terhebat dalam sejarah kejohanan itu.