Ammar Hakim
Tue Nov 22 2022

Lionel Messi memulakan kempen Piala Dunianya hari ini menentang Arab Saudi, dan ketua jurulatihnya menantikan cabaran itu.
Anak buah Herve Renard bakal berdepan Argentina dalam aksi pembukaan Kumpulan C mereka dan jurulatih kelahiran Perancis berpengalaman itu menegaskan pasukannya bukan sahaja di Qatar melengkapkan jadual.
Kesemua enam gol Messi pada Piala Dunia sebelum ini telah dijaringkan dalam peringkat kumpulan, manakala dia telah menjaringkan 12 gol dalam 19 perlawanan untuk Paris Saint-Germain musim ini.
Bercakap pada sidang akhbar semalam, Renard berkata: "Cristiano [Ronaldo] dan Messi adalah legenda bola sepak dan terima kasih kepada mereka, bola sepak adalah berbeza. Ia satu penghormatan untuk berada di sini dan bermain menentang mereka.
"Setiap perlawanan, Anda perlu seratus peratus bermotivasi untuk menewaskan yang terbaik. Itulah keindahan sukan ini, dan bola sepak sentiasa ada kejutan.
"Kami perlu bersedia untuk segalanya, kami perlu menjadi sangat baik dalam ketiga-tiga perlawanan, bukan sahaja menentang Argentina. Ketiga-tiganya adalah sama penting."
Arab Saudi akan menentang Mexico dan Poland selepas menentang Albiceleste dalam saingain Kumpulan C.
Walaupun mengakui tiada kemungkinan untuk Arab Saudi akan layak ke peringkat seterusnya, Renard menegaskan pasukannya -- menduduki tempat ke-51 dalam ranking FIFA, satu anak tangga di bawah tuan rumah Qatar -- akan cuba mengatasi ramalan.
“Kami suka apabila mereka melupakan kami bukan pasukan pilihan,” katanya. "Kami menyukainya, mereka menganggap kami pasukan terkecil. Ia tidak penting kepada kami.
"Saya tidak fikir kami akan ke pusingan seterusnya tetapi kami di sini untuk mengatasi jangkaan terhadap kami. Dalam Piala Dunia, ada kejutan dan itulah mentaliti yang kami ada."

Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Barcelona terus terkesan tanpa Lionel Messi, kata Simeone
Diego Simeone percaya adalah sukar bagi mana-mana pasukan untuk tidak terjejas dek kehilangan Lionel Messi, menjelang pertembungan Atletico Madrid dengan Barcelona.

Laporta: Lepaskan Messi jadi jalan terbaik Barcelona
Presiden Barcelona, Joan Laporta, mengulangi pendiriannya bahawa adalah mustahil untuk mengekalkan Lionel Messi di kelab itu pada 2021 memandangkan mereka mereka dihimpit masalah kewangan yang meruncing.

Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona -- Guardiola
Pep Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.

Kemenangan Messi di Piala Dunia tidak cukup untuk pintas Maradona -- Zanetti
Kejayaan Piala Dunia Lionel Messi tidak mencukupi untuk dia mengatasi Diego Maradona sebagai pemain terhebat Argentina, menurut Javier Zanetti.

Piala Dunia Qatar: Messi 'tidak percaya' Argentina tamat penantian 36 tahun
Lionel Messi meluahkan rasa tidak percayanya selepas Argentina menamatkan penantian lama mereka untuk merangkul gelaran Piala Dunia ketiga dengan kemenangan mendebarkan ke atas Perancis.

Piala Dunia Qatar: Mac Allister akui Messi adalah sebab Argentina memenangi aksi final
Lionel Messi adalah sebab di sebalik kegemilangan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar menentang Perancis, Alexis Mac Allister percaya, sambil menyatakan pandangannya bahawa penyerang itu adalah pemain terhebat sepanjang zaman.

Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang tersenyum -- Pele
Legenda Brazil, Pele, menghantar ucapan tahniah kepada Argentina selepas kemenangan menakjubkan di Piala Dunia Qatar, menyifatkan Lionel Messi telah melengkapkan takdirnya untuk bergelar juara dunia.

Piala Dunia Qatar: Saya mahu terus beraksi sebagai sang juara -- Lionel Messi
Lionel Messi masih belum sedia untuk melabuhkan tirai.

Piala Dunia Qatar: Neymar ucap tahniah kepada Messi selepas Argentina muncul juara
Lionel Messi adalah pemenang Piala Dunia pada percubaan kelima dan terakhir, selepas Argentina mengatasi Perancis dalam salah satu perlawanan terhebat dalam sejarah kejohanan itu.