Ammar Hakim
Fri Nov 11 2022

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England, Wayne Rooney, berharap Harry Kane memecahkan rekodnya ketika Piala Dunia Qatar nanti.
Kane menuju ke kejohanan itu dengan 51 gol untuk Three Lions, ketinggalan dua di belakang rekod Rooney, hanya dua pemain itu berjaya menghasilkan lebih 50 gol untuk skuad kebangsaan.
Selepas menjaringkan enam kali di Russia empat tahun lalu untuk memenangi Kasut Emas, Kane yakin untuk mengatasi rekod Rooney di Qatar.
Sementara ada yang mungkin ingin mengekalkan rekod sedemikian, Rooney memberikan sokongan sepenuhnya kepada Kane kerana percaya rekod adalah untuk dipecahkan.
"Saya gembira untuk Kane, saya fikir dia akan meneruskan dan memecahkan rekod, saya fikir dia akan berakhir dengan 70 gol," kata Ronney kepada TalkSPORT.
"Dia layak untuk apa yang telah dia usahakan. Ia adalah satu penghormatan besar untuk memegang rekod itu tetapi rekod ada untuk dipecahkan dan saya tidak dapat memikirkan sesiapa yang lebih baik untuk mengambil rekod itu.
"Mudah-mudahan, dia dapat memecahkannya ketika Piala Dunia ini kerana ia cukup bermakna bermain dengan baik untuk England."
"Harry telah beraksi dengan baik dalam dua kejohanan terakhir. Semasa saya berada dalam skuad, Gareth mengulangi kepada saya bahawa dia memilih pemain dalam prestasi yang terbaik.
“Terdapat beberapa pemain dalam skuad yang belum bermain tetapi saya fikir Harry seorang profesional yang sangat baik, dia akan memulakan perlawanan, saya tidak meraguinya dan saya pasti dia tidak akan mengecewakan England."

Piala Dunia Qatar: Foden pemain terbaik dalam skuad England -- Wayne Rooney
Phil Foden adalah 'pemain bola sepak terbaik yang dimiliki England', menurut bekas kapten Three Lions, Wayne Rooney, yang mencadangkan bintang Manchester City itu perlu diturunkan dalam aksi Piala Dunia akan datang.

Rooney tidak terkejut Man United tamat kontrak Ronaldo
Wayne Rooney tidak terkejut dengan keputusan Manchester United untuk berpisah dengan Cristiano Ronaldo, berkata kelab itu 'tiada pilihan lain'.

Piala Dunia Qatar: Kane mahu pecah rekod Rooney, beri tumpuan kepada England
Harry Kane mahu memecahkan rekod England Wayne Rooney secepat mungkin di Piala Dunia Qatar, walaupun tidak akan panik jika dia terpaksa menunggu. England memulakan kempen mereka di Qatar menentang Iran malam ini, dengan Kane mencatatkan 51 gol untuk Three Lions. Penyerang Tottenham itu hanya ketinggalan dua gol di belakang Rooney, dan setelah mem

Cristiano Ronaldo: Wayne Rooney didorong cemburu
Cristiano Ronaldo menganggap kritikan Wayne Rooney terhadap tingkah lakunya di Manchester United berpunca daripada rasa cemburu.

Piala Dunia Qatar: Rooney yakin Kane mampu pecah rekod penjaring terbanyak England
Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England, Wayne Rooney, berharap Harry Kane memecahkan rekodnya ketika Piala Dunia Qatar nanti.

Legasi Ratu Elizabeth II dalam sukan tidak akan dilupakan -- Wayne Rooney
Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney, menegaskan legasi Ratu Elizabeth II dalam sukan di England tidak akan pernah dilupakan.

Kane bangga makin hampiri rekod Shearer, Rooney
Harry Kane meluahkan rasa bangga apabila kini menduduki tangga ketiga senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan dua gol ketika membantu Tottenham menewaskan Nottingham Forest lewat malam tadi.

Wayne Rooney tinggalkan Derby County
Wayne Rooney meletakkan jawatan selaku pengurus Derby County, demikian disahkan bekas bintang Manchester United dan England itu malam tadi.

Rooney sudi kemudi Derby dalam divisyen ketiga
Wayne Rooney memberi isyarat bahawa dia ingin kekal mengemudi Derby County dalam saingan Liga Satu dan berbangga dengan pasukannya walaupun mereka sah tergelincir ke divisyen ketiga.

Rooney tolak jawatan di Everton, fokus selamatkan Derby
Wayne Rooney menolak temu duga jawatan pengurus di Everton demi memberi komitmen kepada Derby County untuk kekal dalam Liga Kejuaraan.