Shaiful Shamsudin
Mon Nov 21 2022

Cristiano Ronaldo mengakui berharap mampu menyekat Lionel Messi dalam Piala Dunia Qatar 2022, tetapi dia tetap tidak percaya kegemilangan bersama Portugal di pentas itu akan menamatkan perdebatan siapakah 'GOAT' sebenar bola sepak.
Ronaldo dan Messi merupakan dua pemain moden terulung dalam sukan itu yang menyaksikan penyokong masing-masing saling berdebat mengenai siapakah yang terbaik sepanjang zaman.
Bagaimanapun, kejayaan menjulang gelaran Euro bersama Portugal selain kemenangan Argentina dalam Copa America, tahun lalu, menyaksikan tiada kata putus tentang status mereka.
Ronaldo sedang mengharungi musim sukar di Manchester United tetapi tiba di Qatar dengan penuh keyakinan, tetapi dia menganggap tiada apa yang perlu dibuktikan.
"Walaupun saya memenangi Piala Dunia, pasti akan timbul perdebatan ini," katanya.
"Segalanya juga begitu, ada orang lebih suka berambut perang, yang lain pula lebih gemar berambut coklat gelap.
"Saya seorang pemain yang bercita-cita tinggi; saya ingin memenangi pertandingan ini tetapi jika saya tidak memenanginya sekalipun, saya masih gembira dengan segala yang saya lakukan setakat ini.
“Jika mereka memberitahu saya bahawa saya tidak mampu lagi memenangi gelaran, saya tetap berbangga dengan apa yang pernah saya lakukan.
"Menjuarai Piala Dunia adalah impian saya; ia masih ada kebangkalian tetapi kita akan lihat nanti.
"Saya harap kekuatan berada di pihak kami."

Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Barcelona terus terkesan tanpa Lionel Messi, kata Simeone
Diego Simeone percaya adalah sukar bagi mana-mana pasukan untuk tidak terjejas dek kehilangan Lionel Messi, menjelang pertembungan Atletico Madrid dengan Barcelona.

Laporta: Lepaskan Messi jadi jalan terbaik Barcelona
Presiden Barcelona, Joan Laporta, mengulangi pendiriannya bahawa adalah mustahil untuk mengekalkan Lionel Messi di kelab itu pada 2021 memandangkan mereka mereka dihimpit masalah kewangan yang meruncing.

Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona -- Guardiola
Pep Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.

Kemenangan Messi di Piala Dunia tidak cukup untuk pintas Maradona -- Zanetti
Kejayaan Piala Dunia Lionel Messi tidak mencukupi untuk dia mengatasi Diego Maradona sebagai pemain terhebat Argentina, menurut Javier Zanetti.

Piala Dunia Qatar: Messi 'tidak percaya' Argentina tamat penantian 36 tahun
Lionel Messi meluahkan rasa tidak percayanya selepas Argentina menamatkan penantian lama mereka untuk merangkul gelaran Piala Dunia ketiga dengan kemenangan mendebarkan ke atas Perancis.

Piala Dunia Qatar: Mac Allister akui Messi adalah sebab Argentina memenangi aksi final
Lionel Messi adalah sebab di sebalik kegemilangan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar menentang Perancis, Alexis Mac Allister percaya, sambil menyatakan pandangannya bahawa penyerang itu adalah pemain terhebat sepanjang zaman.

Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang tersenyum -- Pele
Legenda Brazil, Pele, menghantar ucapan tahniah kepada Argentina selepas kemenangan menakjubkan di Piala Dunia Qatar, menyifatkan Lionel Messi telah melengkapkan takdirnya untuk bergelar juara dunia.

Piala Dunia Qatar: Saya mahu terus beraksi sebagai sang juara -- Lionel Messi
Lionel Messi masih belum sedia untuk melabuhkan tirai.

Piala Dunia Qatar: Neymar ucap tahniah kepada Messi selepas Argentina muncul juara
Lionel Messi adalah pemenang Piala Dunia pada percubaan kelima dan terakhir, selepas Argentina mengatasi Perancis dalam salah satu perlawanan terhebat dalam sejarah kejohanan itu.