Lionel Messi layak menjulang Piala Dunia dan akan membawa Argentina mengungguli perlawanan akhir Ahad ini, menurut wira ketika menjulang Brazil dalam kejayaan edidi 2002, Rivaldo.
Messi menghasilkan satu lagi persembahan memukau ketika Argentina menewaskan Croatia 3-0 dalam separuh akhir semalam di Qatar semalam apabila membuka jaringan menerusi sepakan penalti selain mencipta gerakan gol buat Julian Alvarez.
Pada hari dia menyamai rekod penampilan terbanyak Piala Dunia milik Lothar Matthaus sebanyak 25 perlawanan, Messi muncul pemain pertama yang menjaringkan gol dan mencipta bantuan jaringan dalam empat perlawanan.
Gol ke-11 Messi dalam Piala Dunia itu juga mengangkatnya sebagai penjaring terbanyak La Albiceleste dalam kejohanan berkenaan, dan dengan Brazil terkandas di peringkat suku akhir, Rivaldo berharap Messi mampu merangkul trofi itu.
"Kami tidak lagi mempunyai Brazil atau Neymar dalam perlawanan akhir piala ini, jadi saya akan kekal bersama Argentina. Tiada kata-kata lain buat anda, Leo Messi," tulis Rivaldo di Instagram.
“Anda memang layak menjadi juara dunia sebelum ini tetapi tuhan lebih mengetahui dan dia akan memahkotakan anda Ahad ini.
"Anda berhak meraih gelaran ini untuk diri sendiri dan bola sepak indah yang anda selalu tonjolkan. Terima kasih kepada anda. Semoga tuhan memberkati anda."
Sepakan penalti Messi semalam juga meletakkan sebagai pemain Argentina pertama yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan dalam edisi Piala Dunia yang menyaksikan Poland satu-satunya pasukan yang berjaya menyekat sentuhan penyudahnya di Qatar.
Melayari Instagram selepas kemenangan itu, Messi menulis: "Kami kembali untuk mendapatkan kekuatan bagi menghadapi satu lagi perlawanan hebat.
"Terima kasih banyak kepada semua orang yang mempercayai kumpulan ini! Ayuh Argentina!"
Shaiful Shamsudin
Thu Dec 15 2022


Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Barcelona terus terkesan tanpa Lionel Messi, kata Simeone
Diego Simeone percaya adalah sukar bagi mana-mana pasukan untuk tidak terjejas dek kehilangan Lionel Messi, menjelang pertembungan Atletico Madrid dengan Barcelona.

Laporta: Lepaskan Messi jadi jalan terbaik Barcelona
Presiden Barcelona, Joan Laporta, mengulangi pendiriannya bahawa adalah mustahil untuk mengekalkan Lionel Messi di kelab itu pada 2021 memandangkan mereka mereka dihimpit masalah kewangan yang meruncing.

Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona -- Guardiola
Pep Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.

Kemenangan Messi di Piala Dunia tidak cukup untuk pintas Maradona -- Zanetti
Kejayaan Piala Dunia Lionel Messi tidak mencukupi untuk dia mengatasi Diego Maradona sebagai pemain terhebat Argentina, menurut Javier Zanetti.

Piala Dunia Qatar: Messi 'tidak percaya' Argentina tamat penantian 36 tahun
Lionel Messi meluahkan rasa tidak percayanya selepas Argentina menamatkan penantian lama mereka untuk merangkul gelaran Piala Dunia ketiga dengan kemenangan mendebarkan ke atas Perancis.

Piala Dunia Qatar: Mac Allister akui Messi adalah sebab Argentina memenangi aksi final
Lionel Messi adalah sebab di sebalik kegemilangan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar menentang Perancis, Alexis Mac Allister percaya, sambil menyatakan pandangannya bahawa penyerang itu adalah pemain terhebat sepanjang zaman.

Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang tersenyum -- Pele
Legenda Brazil, Pele, menghantar ucapan tahniah kepada Argentina selepas kemenangan menakjubkan di Piala Dunia Qatar, menyifatkan Lionel Messi telah melengkapkan takdirnya untuk bergelar juara dunia.

Piala Dunia Qatar: Saya mahu terus beraksi sebagai sang juara -- Lionel Messi
Lionel Messi masih belum sedia untuk melabuhkan tirai.

Piala Dunia Qatar: Neymar ucap tahniah kepada Messi selepas Argentina muncul juara
Lionel Messi adalah pemenang Piala Dunia pada percubaan kelima dan terakhir, selepas Argentina mengatasi Perancis dalam salah satu perlawanan terhebat dalam sejarah kejohanan itu.