Shaiful Shamsudin
Tue Nov 15 2022

Tempat Presnel Kimpembe dalam Piala Dunia Qatar akan digantikan oleh Axel Disasi walaupun pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) itu kembali daripada kecederaan hujung minggu lalu.
Selepas sekadar menjadi pemerhati dalam kemenangan PSG ke atas Juventus dan Lorient, pertahanan itu tampil 15 minit terakhir dalam kemenangan 5-0 ke atas Auxerre dalam Ligue 1, Ahad lalu.
Kimpembe, yang telah mewakili Perancis 28 kali, berkata selepas perlawanan dia berasa dalam keadaan baik dan tidak sabar-sabar lagi untuk menyertai negaranya bagi menghadapi kempen Qatar 2022.
Bagaimanapun, awal pagi tadi Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) mendedahkan bahawa pertahanan itu sendiri tidak menganggap dirinya pulih sepenuhnya untuk mewakili juara dunia tersebut.
Didier Deschamps kemudian menyenaraikan pertahanan tengah, Disasi, yang telah membuat 23 penampilan bersama Monaco musim ini dalam skuad 26 pemain Les Bleus.
Penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram, turut dipanggil selepas menjaringkan 13 gol dan mencipta empat gerakan jaringan lagi dalam 17 penampilan musim ini.
Skuad Perancis dijadualkan akan berkumpul di pangkalan latihan Clairefontaine menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan D menentang Australia pada Selasa depan.
Mereka, yang cuba menjadi pasukan ketiga untuk menjulang mempertahankan Piala Dunia, kemudian menghadapi Denmark dan Tunisia.

Piala Dunia Ragbi: Perancis bukti keampuhan atasi New Zealand dalam aksi pembukaan
Perancis memberikan penyokong mereka satu keputusan terbaik apabila membuka kempen Piala Dunia Ragbi dengan kemenangan 21-13 ke atas New Zealand di Paris awal pagi tadi.

Kelayakan Euro 2024: Tchouameni, Thuram temui sasaran, nasib Republik Ireland jadi tanda tanya
Aurelien Tchouameni dan Marcus Thuram meninggalkan impian Republik Ireland Euro 2024 dengan tanda tanya ketika Perancis mengekalkan permulaan sempurna mereka untuk kelayakan dengan kemenangan 2-0 di Paris.

Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir
Colombia menewaskan Jamaica dalam pusingan 16 Piala Dunia wanita untuk mencongak perhitungan suku akhir dengan England sambil Perancis pula menamatkan cabaran Maghribi dan akan bertemu tuan rumah, Australia.

Piala Dunia Wanita: Sweden belasah Itali, Jamaica cipta sejarah
Gol berganda Amanda Ilestedt memastikan Sweden mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan G, Piala Dunia Wanita dengan membelasah Itali 5-0 di Wllington semalam.

Kelayakan Euro 2024: Perancis kekalkan rekod sempurna dengan kemenangan ke atas Gibraltar
Olivier Giroud dan Kylian Mbappe menjaringkan gol untuk Perancis dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Gibraltar dalam kelayakan Euro 2024 awal pagi tadi.

Kelayakan Euro 2024: Dembele, Nkunku tersenarai dalam skuad Les Bleus
Ousmane Dembele dari Barcelona dan penyerang RB Leipzig, Christopher Nkunku, antara pemain yang dipanggil semula ke skuad Perancis yang disenaraikan oleh jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps, menjelang dua perlawanan kelayakan Euro 2024.

Tenis Terbuka Perancis: Misi Novak Djokovic tambah koleksi grand slam tertangguh
Novak Djokovic memutuskan untuk menarik diri daripada Terbuka Madrid dan pemain nombor satu dunia itu bergelut dengan kecederaan siku -- kira-kira sebulan sebelum bermulanya Terbuka Perancis.

Bundesliga: Hernandez kembali jalani latihan bersama Bayern selepas koyak ACL
Lucas Hernandez kembali menyertai sesi latihan bersama Bayern Munich buat kali pertama semalam selepas mengalami koyak anterior cruciate ligament (ACL) sewaktu Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu.

Herve Renard sah pikul amanat pasukan wanita Perancis
Herve Renard sah dilantik sebagai ketua jurulatih baru skuad wanita Perancis selepas pemberontakan pemain membayangi pemecatan Corinne Diacre.

Kelayakan Euro 2024: Kuisan Mike Maignan bernilai sebiji gol buat Perancis
Didier Deschamps tidak terkejut dengan ketangkasan Mike Maignan dalam kemenangan 1-0 Perancis ke atas Republik Ireland yang disifatkannya sebagai "bernilai sebiji gol".