Shaiful Shamsudin
Fri Dec 09 2022

Perancis tidak bergantung kepada Kylian Mbappe, menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps.
Mbappe dalam prestasi cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia di Qatar dan merupakan penjaring terbanyak dalam pertandingan menerusi lima gol daripada empat penampilan.
Dua gol daripada bintang berusia 23 tahun itu dalam kemenangan pusingan 16 ke atas Poland menokok jumlah jaringan peribadinya dalam Piala Dunia kepada sembilan.
Juara bertahan itu belum tewas dalam 13 perlawanan ketika kelibat Mbappe dalam taruhan utama dalam kejohanan utama -- kecuali penentuan sepakan penalti -- lantas pasti berharap rentak berkenaan dapat diteruskan ketika berdepan England di Stadium Al Bayt, malam inim bagi merebut tempat ke separuh akhir.
Deschamps, bagaimanapun, menepis idea bahawa Perancis terlalu bergantung kepada penggempur Paris Saint-Germain (PSG) itu yang kini telah mengumpul 250 gol buat kelab dan negaranya.
"Saya pasti England akan bersedia untuk mengekang Kylian seperti yang dilakukan oleh lawan kami yang hadapi sebelum ini tetapi dia tetap mampu berada di kedudukan yang boleh mencetuskan perubahan," kata Deschamps dalam sidang akhbar.
“Walaupun dalam perlawanan terakhir dia tidak menunjukkan prestasi terbaiknya, tetapi dia tetap memberikan ancaman.
“Kami memiliki pemain lain yang boleh menjadi berbahaya juga, jadi ia membantu kami agar tidak terlalu bergantung kepada Kylian.
"Tetapi Kylian adalah Kylian dan dia mempunyai kapasiti itu untuk mencetuskan perubahan pada bila-bila masa sahaja."

Pemain diperlakukan ibarat mesin basuh, kata Varane
Raphael Varane berkata jadual padat bola sepak di peringkat tertinggi sebagai alasan persaraannya daripada tugasan bersama Perancis.

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Raphael Varane mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dengan berkata sudah sampai waktunya untuk generasi baru mengambil alih skuad kebangsaan Perancis.

Olivier Giroud masih berhasrat sarung jersi Perancis, Milan
Olivier Giroud merancang untuk menandatangani perjanjian baru dengan Milan dan belum bersedia untuk bersara mewakili Perancis di peringkat antarabangsa.

Benzema: Akhir sebuah impian
Kemaraan Perancis ke perlawanan akhir Piala Dunia, 18 Disember lalu, hadir di sebalik krisis kecederaan yang melanda beberapa pemain penting, antaranya Paul Pogba, N'Golo Kante dan Christopher Nkunku.

Bekas juara dunia bersama Perancis, Matuidi, bersara pada usia 35 tahun
Bekas pemenang Piala Dunia dan pemain kebangsaan Perancis, Blaise Matuidi, mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun.

Piala Dunia Qatar: Perancis fail aduan pemain jadi mangsa isu perkauman
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengesahkan akan memfailkan aduan selepas beberapa pemain Perancis menerima cacian berbentuk perkauman dan kebencian di media sosial.

Bayern Munich kecam penderaan perkauman terhadap Coman
Bayern Munich mengecam penderaan perkauman yang dialami oleh Kingsley Coman selepas kekalahan penentuan penalti Perancis menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar.

Benzema umum persaraan dari skuad Perancis
Karim Benzema telah bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas mengetepikan perlawanan Perancis ke final Piala Dunia Qatar kerana kecederaan.

Piala Dunia Qatar: Messi 'tidak percaya' Argentina tamat penantian 36 tahun
Lionel Messi meluahkan rasa tidak percayanya selepas Argentina menamatkan penantian lama mereka untuk merangkul gelaran Piala Dunia ketiga dengan kemenangan mendebarkan ke atas Perancis.

Piala Dunia Qatar: Mac Allister akui Messi adalah sebab Argentina memenangi aksi final
Lionel Messi adalah sebab di sebalik kegemilangan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar menentang Perancis, Alexis Mac Allister percaya, sambil menyatakan pandangannya bahawa penyerang itu adalah pemain terhebat sepanjang zaman.