Shaiful Shamsudin
Mon Dec 12 2022

Pepe berkata Cristiano Ronaldo dalam keadaan "baik" selepas reaksi emosinya terhadap kekalahan mengejut Portugal kepada Maghribi dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar, kelmarin.
Ronaldo diketepikan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih, Fernando Santos, untuk perlawanan kedua berturut-turut gara-gara reaksi tidak berpuas hatinya apabila digantikan ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Youssef En-Nesyri melonjak tinggi untuk tandukan yang memberi Maghribi kemaraan dan walaupun kemasukan Ronaldo dalam babak kedua, Portugal buntu dalam memburu jaringan penyamaan untuk gagal mengelak daripada tersingkir.
Kekalahan itu membangkitkan emosi Ronaldo apabila pemilik lima Ballon d'Or lima tersebut teresak-esak menuju ke bilik persalinan sebelum dia menggunakan media sosial untuk akur bahawa "impian tertinggi" untuk memenangi Piala Dunia bersama Portugal sudah berakhir.
Ketika Ronaldo mengelak daripada membincangkan perancangan masa depannya di peringkat antarabangsa, Pepe berasakan penyerang itu harus dihargai atas usahanya menyarung jersi juara Euro 2016 berkenaan dalam apa jua situasi.
"Ronaldo baik-baik saja," kata Pepe kepada pemberita sebaik kembali ke Lisbon.
"Dia adalah bendera Portugis (lambang pasukan) kami. Dia telah mencapainya ke seluruh pelosok dunia.
"Dia mencurahkan sumbangannya apabila disenaraikan. Kami perlu berterima kasih kepadanya dan semua rakan sepasukannya yang melakukan yang terbaik untuk bersedia demi jurulatih."

Manchester United silap langkah rekrut semula Cristiano Ronaldo, kata Solskjaer
Bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mengakui tersilap langkah mengenai pembelian semula kelab Cristiano Ronaldo.

Jude Bellingham ulangi pencapaian Cristiano Ronaldo di Real Madrid
Jude Bellingham menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo ketika menghasilkan dua gol buat Real Madrid di Almeria, awal pagi tadi.

Piala Juara-Juara Kelab Arab: Ronaldo inspirasi Al-Nassr muncul juara
Cristiano Ronaldo memenangi trofi pertamanya bersama Al-Nassr apabila memenangi Piala Juara-Juara Kelab Arab buat kali pertama kelab itu selepas menjaringkan dua gol ketika memperoleh kemenangan 2-1 pada masa tambahan ke atas pasukan Arab Saudi, Al-Hilal awal pagi tadi di Stadium King Fahd.

Sadio Mane sertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr
Sadio Mane telah menjadi nama besar terbaharu yang meninggalkan bola sepak Eropah untuk Liga Pro Saudi apabila dia menyertai Al-Nassr dari Bayern Munich.

Tawaran riyal Arab Saudi tidak gelapkan mata semua pemain
Tempoh jendela perpindahan musim panas saban tahun mendatangkan rasa teruja peminat bola sepak ternanti-nantikan siapakah pemain baru yang bakal hadir memperkuatkan pasukan kesayangan mereka, juga siapa yang bakal dijual demi memastikan pasukan terus kekal ampuh dan konsisten.

Lambakan pemain bintang belum tentu dapat kembangkan Saudi Pro League untuk jangka panjang
John Barnes tidak yakin lambakan pemain bintang yang menyertai Saudi Pro League akan membantu perkembangan bola sepak Arab Saudi ke persada dunia untuk jangka panjang.

Sekatan pemain baru: FIFA arah Al Nassr bayar hutang tertunggak
Kelab Cristiano Ronaldo di Arab Saudi, Al Nassr, telah dikenakan larangan mendaftar pemain baru kerana "hutang tertunggak", demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kelayakan Euro 2024: Cristiano Ronaldo rasmi tercatat dalam Rekod Dunia
Cristiano Ronaldo sentiasa mencipta suasana luar biasa pada malam ketika dia menerima cenderamata atas penampilan antarabangsanya yang ke-200.

Kelayakan Euro 2024: Dua gol Bruno Fernandes pacu kemenangan Portugal
Bruno Fernandes menjaringkan dua gol di penghujung permainan ketika Portugal menang 3-0 ke atas Bosnia dan Herzegovina awal pagi tadi untuk mengekalkan rekod sempurna mereka dalam kelayakan Euro 2024.

Mustahil Sporting Kansas City pancing Cristiano Ronaldo
Sporting Kansas City tidak mungkin membuat tawaran untuk menandatangani Cristiano Ronaldo dalam usaha bersaing dengan Inter Miami yang membawa masuk Lionel Messi.