Ammar Hakim
Thu Nov 03 2022

Peluang Son Heung-min beraksi di Piala Dunia menjadi tanda tanya selepas Tottenham mendedahkan pemain tersebut mengalami keretakan di bahagian mata dalam kemenangan 2-1 ke atas Marseille.
Penyerang itu mengalami kecederaan selepas pertembungan di udara pada minit ke-23 dengan pertahanan Marseille, Chancel Mbemba, yang memaksa perlawanan dihentikan untuk tempoh yang panjang.
Kelihatan berdepan kesakitan dan sukar untuk berjalan, Son dibantu pihak perubatan Spurs ketika pasukannya berjaya melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara hasil jaringan Clement Lenglet dan Pierre-Emile Hojbjerg.
Spurs mengumukan semalam bahawa Son mengalami kecederaan di bahagian kiri mata dan memerlukan pembedahan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelab, Spurs berkata, “Kami boleh mengesahkan bahawa Son Heung-min akan menjalani pembedahan untuk menstabilkan keretakan di bahagian mata kirinya.
"Selepas pembedahan, Son akan memulakan pemulihan dengan kakitangan perubatan kami dan kelab akan mengemas kini penyokong dengan lebih lanjut mengenai perkembangannya dalam masa terdekat."
Pengumuman itu menimbulkan keraguan serius mengenai ketersediaan Son untuk Piala Dunia, dengan Korea Selatan bersedia untuk memulakan kejohanan menentang Uruguay dalam masa 22 hari sahaja.
Kecederaan Son juga merupakan tamparan hebat kepada Spurs, dengan rakan-rakan penyerang, Dejan Kulusevski dan Richarlison masih diketepikan ketika mereka bersiap sedia untuk menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini.

Tottenham masih ada harapan ke Liga Juara-Juara
Mencipta jaringan kemenangan ketika menewaskan Fulham (0-1) di Stadium Craven Cottage telah menamakan Harry Kane sebagai peledak sepanjang masa Tottenham Hotspurs bersama Jimmy Greaves setelah dia berjaya meledak jaringan peribadi ke 266 pada perlawanan itu.

Conte seru Tottenham cipta rentetan kemenangan
Antonio Conte menyeru Tottenham agar menggunakan kemenangan mereka ke atas Fulham sebagai "titik permulaan untuk mencurahkan segala kudrat" dalam usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Conte ceria Tottenham kembali ke landasan kemenangan
Antonio Conte percaya Tottenham "memerlukan prestasi jitu seperti ini" ketika mereka menang buat kali pertama dalam tiga perlawanan dengan membelasah Crystal Palace 4-0.

Conte sedia angkat kaki andai Tottenham bukan pencabar utama
Antonio Conte mengakui dia perlu meninggalkan Tottenham sekiranya dia tidak lagi boleh menerima hakikat kedudukan kelab itu mampu menjadi pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).

Tottenham perlu berbelanja demi ulangi keajaiban, kata Conte
Antonio Conte percaya Tottenham perlu mendalami pasaran perpindahan sekiranya berhasrat mengulangi keajaiban meraih tempat keempat musim lalu.

Alami kecederaan hamstring, status Richarlison jadi tanda tanya
Richarlison akan menjalani imbasan MRI untuk menentukan tahap kecederaan hamstring yang dialaminya pada Piala Dunia Qatar, dedah ketua jurulatih Tottenham, Antonio Conte.

Piala EFL: 10 pemain Nottingham Forest singkir Spurs
Nottingham Forest mempamerkan persembahan menakjubkan untuk menyingkirkan Tottenham daripada saingan Piala EFL dengan kemenangan 2-0 awal pagi tadi, walaupun perlu menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Piala Dunia Qatar: Son tekad tidak akan terlepas wakili Korea Selatan
Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min, berkata dia tidak akan terlepas beraksi di Piala Dunia Qatar 2022, mengesahkan dia bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk kejohanan itu.

Liverpool, Spurs silih berganti merana
Kelegaan buat Liverpool, bersambung derita buat Tottenham Hotspur.

EPL: Klopp percaya Salah antara penyerang terbaik pernah wujud
Mohamed Salah akan diingati selaku antara penyerang terbaik pernah wujud, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.