Shaiful Shamsudin
Thu Dec 15 2022

Seorang pengawal keselamatan Piala Dunia menemui ajal selepas terjatuh di Stadium Lusail dalam perlawanan suku akhir di antara Argentina dan Belanda, Ahad lalu.
John Njau Kibue diberikan rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital berdekatan sebelum meninggal dunia dalam unit rawatan rapi (ICU), malam tadi.
Jawatankuasa Tertinggi Qatar mengesahkan kematian Kibue itu dalam satu kenyataan dan mengumumkan siasatan akan diadakan berhubung keadaan yang membawa kepada kematiannya.
"Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakannya ketika tempoh sukar ini," menurut satu kenyataan.
“Penganjur menjadikan siasatan kejadian itu sebagai perkara paling mustahak dan sedia menawarkan maklumat lanjut sementara menunggu hasil siasatan.
"Kami juga akan memastikan keluarganya menerima segala pampasan."
Kibue merupakan pekerja asing kedua yang meninggal dunia sejak kejohanan bermula selepas kematian seorang lelaki Filipina di sebuah resort yang digunakan oleh Arab Saudi di peringkat kumpulan.
Stadium Lusail akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir di antara Argentina dan Perancis pada Ahad ini.

Jepun panjangkan kontrak Moriyasu hingga Piala Dunia 2026
Ketua jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, melanjutkan kontraknya bersama pasukan kebangsaan itu selepas prestasi memberangsangkan dalam Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.

Benzema: Akhir sebuah impian
Kemaraan Perancis ke perlawanan akhir Piala Dunia, 18 Disember lalu, hadir di sebalik krisis kecederaan yang melanda beberapa pemain penting, antaranya Paul Pogba, N'Golo Kante dan Christopher Nkunku.

Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Mustahil 12 bintang Piala Dunia Tottenham dapat cukup rehat, kata Conte
12 pemain Tottenham yang beraksi dalam Piala Dunia Qatar 2022 tidak akan dapat waktu rehat yang cukup, demikian kekecewaan yang diluahkan Antonio Conte.

Di Maria raikan kejayaan Argentina dengan tatu Piala Dunia gergasi di kaki
Angel Di Maria memperingati kejayaan Argentina dalam Piala Dunia Qatar dengan mencacah tatu trofi berkenaan di kakinya.

EPL: Conte sahkan Richarlison perlu berehat empat minggu kerana cedera paha
Richarlison terpaksa berehat tiga hingga empat minggu kerana kecederaan paha yang dialaminya sewaktu Piala Dunia Qatar baru-baru ini, demikian disahkan pengurus Tottenham, Antonio Conte.

Emery tunggu Emi Martinez di Aston Villa selepas keraian melampau sindir Mbappe
Unai Emery akan memberikan nasihat kepada Emiliano Martinez berkenaan keraian kontroversi pemain itu ketika Argentina memenangi Piala Dunia Qatar baru-baru ini sebaik penjaga gol berkenaan kembali ke pangkuan Aston Villa.

EPL: Ten Hag beri amaran Martinez perlu kembali fokus selepas menang Piala Dunia
Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, perlu bersedia memberikan impak dengan kepulangannya ke kelab berkenaan selepas memenangi Piala Dunia bersama Argentina, tegas pengurus pasukan itu, Erik ten Hag.

Allegri harap kejayaan Piala Dunia lonjak semangat Di Maria
Angel Di Maria telah dihembus semangat baru dengan kejayaan Piala Dunia bersama Argentina, yang dilihat oleh Massimiliano Allegri sebagai berita baik untuk Juventus.

Salt Bae kini di bawah siasatan FIFA
FIFA sedang menyiasat bagaimana cef selebriti, Salt Bae, mendapat akses ke perayaan di padang bersama Argentina selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar.