Shaiful Shamsudin
Sun Dec 04 2022

Pele dikatakan dalam keadaan stabil di hospital Sao Paulo, awal pagi tadi, di sebalik kebimbangan mengenai kesihatan juara Piala Dunia tiga kali itu.
Walaupun tidak disahkan secara rasmi, laporan memetik bahawa pemain legenda berusia 82 tahun itu telah dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan kemoterapi.
Penjaring termuda Piala Dunia itu dimasukkan ke hospital Rabu lalu dan walaupun sehari kemudian anak perempuannya berkata "tiada kejutan atau kecemasan" sambil menjelaskan Pele sedang menjalani rutin bulanannya.
Bagaimanapun, laporan daripada akhbar Folha de Sao Paulo berkata keadaan Pele kini makin uzur.
Pele menjalani pembedahan bagi merawat barah usus tahun lalu dan sejak itu dia sering berulang-alik ke hospital.
Hospital Israelita Albert Einstein kemudian mengeluarkan kemas kini ringkas tentang keadaan kesihatan Pele.
Walaupun tidak merujuk secara khusus adakah Pele sedang menerima rawatan rapi, hospital itu menerusi satu kenyataan berkata: "Edson Arantes do Nascimento telah dimasukkan ke Hospital Israelita Albert Einstein bagi penilaian semula (program) rawatan kemoterapinya untuk barah usus yang dikenal pasti pada September 2021.
"Beliau masih menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya kekal stabil."
Hospital itu berkata Pele juga telah menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan jangkitan pernafasan dan keadaannya stabil dalam tempoh 24 jam terakhir.

Zinedine Zidane calon paling sesuai bimbing Brazil -- Juninho
Zinedine Zidane melihat peluang untuk mengambil alih jawatan Didier Deschamps bagi melatih Perancis mungkin perlu ditangguhkan selepas pengendali kebangsaan itu memeterai perjanjian baru hingga Piala Dunia 2026.

Legenda Brazil Pele meninggal dunia
Pele, legenda hebat Brazil dan pemenang Piala Dunia tiga kali, telah meninggal dunia.

Pele meninggal dunia: Legasi legenda Brazil akan 'melangkaui generasi' -- Ronaldo
Legasi Pele akan 'melangkaui generasi' selepas kematian legenda hebat Brazil itu awal pagi tadi, menurut legenda Selecao, Ronaldo Nazario.

Pele meninggal dunia: Bolasepak hanyalah sukan sebelum lahirnya Pele -- Neymar
Neymar menabur pujian kepada Pele kerana mengubah 'bola sepak menjadi seni' dan mengubah wajah sukan itu selamanya selepas kematian legenda Brazil itu.

Pele meninggal dunia: Hospital Sao Paulo sahkan kegagalan beberapa organ punca kematian
Punca kematian Pele telah disahkan sebagai kegagalan beberapa organ akibat perkembangan kanser kolonnya.

Pele meninggal dunia: 'Edson hentikan peperangan dan sebarkan cinta'
Pele telah dipuji kerjanya di dalam dan di luar padang selepas kematiannya pada usia 82 tahun.

Brazil mahu rebut Jose Mourinho daripada Portugal
Saham Jose Mourinho kian melonjak di peringkat antarabangsa apabila skuad kebangsaan Brazil dilaporkan berminat untuk menyaingi Portugal dalam menandatangani ketua jurulatih itu.

Anak perempuan beri perkembangan Pele dengan gambar bergerak
Anak perempuan Pele memberikan perkembangan mengenai bapanya dengan satu kiriman gambar bergerak di media sosial.

EPL: Conte sahkan Richarlison perlu berehat empat minggu kerana cedera paha
Richarlison terpaksa berehat tiga hingga empat minggu kerana kecederaan paha yang dialaminya sewaktu Piala Dunia Qatar baru-baru ini, demikian disahkan pengurus Tottenham, Antonio Conte.

Tiba masa Brazil pandang ke luar
Di negara Brazil, ada satu pepatah berbunyi "Jika ingin mengelakkan konflik, jangan diperdebatkan tentang tiga perkara -- agama, politik dan bola sepak".