Ammar Hakim
Sat Dec 17 2022

Josko Gvardiol akan berbangga kerana telah berdepan dengan 'pemain terbaik dalam sejarah', walaupun Lionel Messi berada di tahap yang lebih tinggi ketika menyarung jersi Argentina untuk mengaibkan pertahanan Croatia itu.
Gvardiol dan Messi telah menjadi dua daripada bintang Piala Dunia 2022 dan bersemuka di pentas separuh akhir.
Tetapi ia adalah pertarungan yang dimenangi Messi, menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam kemenangan 3-0 Argentina.
Ia adalah bantuan yang paling mendapat perhatian apabila Messi menentang Gvardiol, menewaskannya dua kali sebelum melakukan hantaran untuk Julian Alvarez.
Kekalahan itu menyaksikan Gvardiol dan Croatia terlepas peluang ke final, tetapi dia masih gembira dapat bermain dengan Messi.
“Saya sudah pun menentangnya, tetapi dia bermain berbeza berbanding dengan kelabnya,” kata Gvardiol.
"Ia satu pengalaman yang hebat, dan suatu hari nanti saya akan memberitahu anak-anak saya bahawa saya bermain menentang pemain terbaik dalam sejarah."
Messi nampaknya telah mengesahkan bahawa ini akan menjadi Piala Dunia terakhirnya, ketika dia cuba untuk memimpin Argentina mengatasi Perancis pada perlawanan akhir esok, dan perkara yang sama dijangkakan terhadap pemain tengah Croatia berusia 37 tahun, Luka Modric.
Tetapi Andrej Kramaric, bercakap bersama pemain RB Leipzig Gvardiol, tidak begitu pasti Modric bersedia untuk bersara daripada perlawanan antarabangsa.
“Kita semua tahu berapa banyak kata-kata indah yang ditulis mengenai Luka dan apa yang dia lakukan bukan sahaja untuk Croatia tetapi seluruh dunia,” kata Kramaric. “Mengenali dia, saya tidak pasti ini adalah yang terakhir.
"Umur datang untuk semua orang, termasuk untuknya, tetapi dia akan kekal abadi untuk seluruh dunia. Dia menjadikan segala-galanya yang sukar menjadi mudah."

Kelayakan Piala Dunia 2026: Jaringan tunggal Messi pastikan kemenangan Argentina
Jaringan tunggal bintang sensasi, Lionel Messi sudah cukup buat Argentina menang 1-0 ke atas Ecuador ketika mereka memulakan kempen kelayakan ke Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan pada awal pagi Jumaat.

Ballon d'Or: Lionel Messi ketuai pencalonan, Cristiano Ronaldo tercicir selepas 20 tahun
Lionel Messi mengetuai senarai pencalonan Ballon d'Or lelaki selepas membawa Argentina menjulang Piala Dunia.

Tak jaring gol pun Messi jadi isu
Jikalau sudah namanya Lionel Messi, kegagalannya menjaringkan gol pun boleh jadi cerita besar.

MLS: Inter Miami perlu biasakan diri menang tanpa Lionel Messi -- Martino
Pengurus Inter Miami, Tata Martino, menganggap percaturannya berbaloi sekalipun barisan kendaliannya terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan NY Red Bulls, sebentar tadi.

Piala Liga MLS: Lionel Messi inspirasi kejayaan sulung Inter Miami
Lionel Messi mengetuai Inter Miami untuk memenangi Piala Liga Liga Bolasepak Utama (MLS) buat julung kalinya, sebentar tadi.

PSG terima tawaran Al-Hilal tandatangani Neymar
Paris Saint-Germain telah menerima tawaran daripada kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal untuk menandatangani Neymar.

Tanpa Mbappe, PSG buntu cari jalan tembusi Lorient
Penyerang bintang, Kylian Mbappe, menyaksikan dari barisan penonton ketika Paris Saint-Germain memulakan pertahanan kejuaraan mereka dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Lorient.

Lucas harap Suarez tahan godaan sertai Messi di Inter Miami
Lucas Leiva berharap bekas rakan sepasukannya di Liverpool dan Gremio, Luiz Suarez, dapat menahan godaan daripada menyertai Lionel Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba di Inter Miami.

MLS melonjak bagaikan roket selepas Messi sertai Inter Miami
Pesuruhjaya liga, Don Garber, berkata Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) kini sedang melonjak bagaikan roket dan percaya ketibaan Lionel Messi di Inter Miami akan membawa kejohanan itu ke aras lebih tinggi.

Robert Taylor: Lionel Messi tetap serupa dalam sesi latihan, aksi sebenar
Pemain tengah Inter Miami, Robert Taylor, gembira dengan keputusannnya untuk kekal dan kesempatan itu digunakannya untuk menikmati kariernya disamping Lionel Messi.