Shaiful Shamsudin
Tue Sep 27 2022
Pemain tengah Inter, Marcelo Brozovic, dikhabarkan lebih rela membiarkan dirinya pulih sepenuhnya walaupun berdepan risiko terlepas Piala Dunia Qatar.
Pemain berumur 29 tahun itu ditimpa kecederaan paha kiri ketika membantu Croatia mengalahkan Austria untuk menawan Kumpulan A1, Liga Negara-Negara Eropah (UNL) semalam.
Situasi Brozovic itu akan dinilai semula oleh jabatan perubatan Inter sebelum tempoh sebenar rawatannya dapat dikenal pasti.
Menurut laporan di negara kelahirannya, Brozovic mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk pulih sepenuhnya sebelum memikirkan potensi ke temasya di Qatar kelak, sekali gus tempatnya di kem Inter dijangka akan diisi oleh Kristjan Asllani sepanjang ketiadaannya.
Inter yang di bawah tekanan akan cuba memperbaiki kedudukan ketujuh -- 12 mata daripada tujuh perlawanan -- ketika berdepan Roma tengah malam minggu ini.

Serie A: Inter ingin lupakan kekalahan mengejut
Simone Inzaghi menuntut Inter agar melupakan kekalahan mengejut kepada Empoli sambil menegaskan bahawa Nerazzurri akan terus berusaha melengkapkan misi menjulang Serie A.

Serie A: Spalletti mahu Napoli manfaat peluang menang Scudetto selepas cecah 50 mata
Napoli perlu memanfaatkan peluang mereka untuk memenangi Scudetto musim ini sebaik mencecah 50 mata selepas separuh perjalanan Serie A musim ini, kata ketua jurulatih pasukan itu, Luciano Spalletti.

Serie A: Juventus ditolak 15 mata, Paratici digantung 30 bulan
Pasukan gergasi Serie A, Juventus, ditolak 15 mata selepas siasatan mengenai urusan perpindahan terdahulu kelab itu.

Serie A: Salernitana lantik semula Nicola hanya selepas dua hari dipecat
Salernitana melantik semula Davide Nicola sebagai ketua jurulatih selepas dua hari memecatnya daripada jawatan itu, demikian dakwaan pengendali berkenaan.

Serie A: Inzaghi kecewa VAR tidak menyebelahi Inter
Simone Inzaghi berang jaringan ketiga Inter dibatalkan sebelum melepaskan gol penyamaan pada lewat perlawanan ketika seri 2-2 di Monza, awal pagi tadi.

Serie A: Inter musnahkan rekod kebal Napoli
Keinginan Inter untuk menang dalam apa jua keadaan ketika bertemu menentang Napoli membantu mereka meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Serie A itu musim ini, jelas ketua jurulatih Simone Inzaghi.

Serie A: Juventus catat kemenangan ketujuh tanpa dibolosi
Massimiliano Allegri mengakui Juventus masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan walaupun memperoleh kemenangan Serie A ketujuh berturut-turut.

Milan fokus tentukan nasib sendiri, bukannya Napoli
Stefano Pioli menegaskan pertembungan di antara Inter dengan Napoli bukanlah penentu dalam perlumbaan kejuaraan Serie A, malah fokusnya hanya kekal terhadap Milan.

Serie A: Inter segala-galanya -- Lukaku harap dapat kekal di San Siro
Romelu Lukaku berkata Inter Milan sentiasa berada dalam hatinya sambil mendedahkan perancangannya untuk kekal bersama pasukan Serie A itu selepas musim ini.

Giuntoli tegaskan Napoli tidak akan lepaskan khidmat Kvaratskhelia
Pengarah Napoli, Cristiano Giuntoli, menegaskan tidak ada peluang untuk Khvicha Kvaratskhelia meninggalkan kelab, dengan pemain sayap itu berkata dia 'berasa seperti di rumah sendiri' bersama pendahulu Serie A itu.