Muzaffar Musa
Fri Nov 18 2022

Sadio Mane tidak akan beraksi dalam Piala Dunia Qatar bermula hujung minggu ini kerana kecederaan Fibula, demikian disahkan Persatuan Bolasepak Senegal (FSF).
Mane mengalami kecederaan kaki itu ketika Bayern Munich menewaskan Schalke 2-0 minggu lalu dan dia pada awalnya kelihatan cukup cergas untuk tersenarai sebagai 26 pemain skuad kendalian Aliou Cisse itu untuk ke kejohanan berkenaan.
Selasa lalu, Mane dilaporkan tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan pertama Senegal, di mana Cisse berkata mereka perlu menghadapi perlawanan itu tanpa bantuan penyerang berkenaan.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru awal pagi tadi mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami pemain itu memerlukan pembedahan, sekali gus menyaksikan Mane akan terlepas keseluruhan saingan di Qatar.
Dalam satu kenyataan ringkas, persatuan itu berkata: "FSF mendoakan agar Sadio Mane akan segera pulih."
Ia merupakan satu tamparan besar buat Mane dan Senegal selepas dia memainkan peranan penting ketika mereka menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada Februari lalu, di mana dia menjaring gol penalti kemenangan ketika menewaskan Mesir dalam aksi final.
Senegal akan memulakan kempen Kumpulan A dengan menentang Belanda pada awal pagi Selasa ini sebelum bertemu Qatar dan Ecuador tetapi mereka kali ini perlu berusaha ke pusingan kalah mati tanpa penyerang bintang berkenaan.

Liga Super: Usia bukan penghalang Del Valle pacu gemilang Selangor FC
Penyerang baru Selangor FC, Ayron Del Valle, berkata faktor usia bukan penghalang untuk dia memacu kejayaan buat pasukan Merah Kuning itu musim ini.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Selangor FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.

Liga Super: Cabaran baru beraksi petang
Perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang akan menjadi cabaran baru buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.

LaLiga: Xavi gembira Marcos Alonso pilih kekal di Barcelona
Xavi yakin Marcos Alonso akan memainkan peranan besar dalam usaha Barcelona untuk memenangi lebih banyak trofi selepas pemain itu menandatangani kontrak baru semalam.

EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

EPL: Klopp janji trofi sedang menanti Liverpool selepas waktu sukar
Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.

FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.

EPL: Kieran Trippier gembira lanjut kontrak di Newcastle United
Kieran Trippier menandatangani kontrak lanjutan di Newcastle United dan pertahanan kebangsaan England itu turut membandingkan The Magpies bimbingan Eddie Howe dengan bekas pasukannya, Atletico Madrid, kendalian Diego Simeone.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Bekas penjaring gol terbanyak liga Colombia, Ayron del Valle, dikaitkan untuk menyertai Selangor FC dalam masa terdekat.