Maghribi menjadi pasukan negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar susulan kejayaan mengatasi Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama.
Tema yang sama dalam pertembungan aksi kalah mati Piala Dunia, kedua-dua pasukan enggan mengambil risiko di permulaan saingan.
Maghribi menampilkan corak permainan yang penuh disiplin bagi menutup sebarang peluang Portugal menghasilkan peluang. Selepas sekadar dibolosi satu gol dalam lapan perlawanan terakhir, pengendali pasukan, Walid Regragui, terpaksa melakukan pertukaran susulan ketiadaan khidmat Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui.
Pertahanan tengah, Jawad El Yamiq bertindak cemerlang dalam separuh masa pertama, menampan keluar percubaan Joao Felix.
Selepas berjaya menyerap tekanan Portugal hampir di seluruh separuh masa pertama, Atlas Lions mula mengorak langkah, penjaga gol Portugal, Diogo Costa, gagal membaca gerakan hantaran silang Yahia Attiyat Allah, membenarkan Youssef En-Nesyri menanduk masuk bola menembusi gawang.
Skuad kendalian Fernando Santos kini perlu mencari jalan menembusi benteng pertahanan terbaik kejohanan untuk kembali mengikat perlawanan, Bruno Fernandes hampir mendapatkan jaringan penyamaan namun percubaan sekadar melepasi palang gol. Ketika mereka makin buntu mendapatkan jaringan, Santos akhirnya menurunkan kapten pasukan, Cristiano Ronaldo.
Walaupun dengan kehadiran Ronaldo di atas padang, Fernandes kekal terbukti sebagai penyerang paling berbisa buat Portugal apabila pemain tengah Manchester United sekali lagi hampir mendapatkan gol penyamaan namun percubaan sekali lagi meliar melepasi palang gol.
Selepas tamat perlawanan, seluruh stadium bersorak menggamatkan stadium, aksi cemerlang Atlas Lions menyaksikan mereka mencipta sejarah menjadi negara Arab pertama dan dari rantau Afrika untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Portugal adalah mangsa terbaru mereka, dan mereka kini gagal ke separuh akhir untuk penampilan keempat berturut-turut. Dengan pemain veteran Ronaldo dan Pepe di senja kerjaya mereka, era baharu kini pasti menanti pemenang Euro 2016.
Ammar Hakim
Sat Dec 10 2022


Piala Super Saudi: Ronaldo gagal bantu Al Nassr ke final
Cristiano Ronaldo tidak dapat membantu Al Nassr ke final Piala Super Saudi selepas tewas 1-3 kepada Al Ittihad di Stadium Antarabangsa King Fahd awal pagi tadi.

Cristiano Ronaldo ketuai Al Nassr ke puncak Liga Pro Saudi
Cristiano Ronaldo membawa Al Nassr kembali ke puncak carta di sebalik tidak menghasilkan sebarang gol dalam penampilan pertamanya dalam Liga Pro Saudi.

Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Al Nassr tunda perlawanan akibat bekalan elektrik
Kelab baharu Cristiano Ronaldo, Al Nassr, terpaksa membatalkan perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al Tai, malam tadi, berikutan cuaca buruk hingga menjejaskan bekalan elektrik di stadium.

Cristiano Ronaldo: Tugas saya di Eropah sudah selesai
Cristiano Ronaldo tidak terpengaruh dengan kritikan terhadap keputusannya untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr, apabila mengisytiharkan bahawa tugasnya di Eropah telah pun selesai.

Howe nafi klausa Cristiano Ronaldo ke Newcastle United andai layak ke UCL
Cristiano Ronaldo tidak mempunyai klausa dalam kontrak Al Nassr untuk membolehkannya menyertai Newcastle United andai mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL), kata Eddie Howe.

Visi Al Nassr beri inspirasi kepada Ronaldo
Cristiano Ronaldo menantikan pengalaman baharu di Arab Saudi sambil memuji visi yang penuh 'inspirasi' Al Nassr.

Cristiano Ronaldo lengkap perpindahan sertai Al Nassr
Cristiano Ronaldo telah menyelesaikan perpindahan ke Al Nassr.

EPL: Manchester United perlu penyerang baru selepas hilang Ronaldo, kata Ten Hag
Erik ten Hag percaya Manchester United perlu menandatangani penyerang baru dalam jendela perpindahan bulan depan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

Al Nassr sanggup tunggu Cristiano Ronaldo
Kesabaran akan menjadi kunci utama Al Nassr dalam usaha untuk memikat Cristiano Ronaldo, kata pengarah sukan kelab Arab Saudi itu, Marcelo Salazar.