Shaiful Shamsudin
Tue Dec 13 2022

Luis de la Fuente yakin tiada jurulatih yang lebih baik untuk mengendalikan Sepanyol selain dirinya apabila bercakap buat kali pertama sejak diumumkan sebagai pengganti Luis Enrique.
La Roja berpisah dengan jurulatih sebelum ini berikutan tersingkir mengejut kepada Maghribi dalam pusingan 16 Piala Dunia.
De la Fuente, yang pernah membimbing skuad B-19, B-21 dan B-23 Sepanyol sejak sedekad lalu disahkan untuk menggalas peranan di peringkat senior dan jurulatih berusia 61 tahun itu perlu bekerja keras menjelang kelayakan Euro 2024.
Bercakap ketika diperkenalkan secara rasmi, bekas pertahanan Athletic Bilbao itu menyatakan dia adalah orang yang tepat untuk mengambil alih jawatan berkenaan sambil berikrar untuk bersikap fleksibel ketika menangani pasukan kebangsaan.
"Saya merupakan pemain bola sepak profesional selama 15 tahun," katanya.
"Saya pernah memenangi gelaran. Saya pernah melatih di peringkat antarabangsa dalam semua kategori umur kecuali senior.
"Dengan rendah hati dan jujur, jika ada seseorang yang tahu apakah masa depan bola sepak Sepanyol, maka saya adalah orang yang tepat. Anda tahu siapa yang mengambil alih pasukan ini.
"Kami tidak akan bertolak ansur dengan falsafah kami. Saya akan cuba memperbaikinya, mentafsir evolusinya. Kami tidak akan menutup minda kami."

Piala Dunia Qatar: Sergio Busquets umum persaraan di pentas antarabangsa
Pencipta penampilan ketiga tertinggi Sepanyol, Sergio Busquets, telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.

Piala Dunia Qatar: Luis de la Fuente individu paling tepat latih Sepanyol
Luis de la Fuente yakin tiada jurulatih yang lebih baik untuk mengendalikan Sepanyol selain dirinya apabila bercakap buat kali pertama sejak diumumkan sebagai pengganti Luis Enrique.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol segera mulakan penstrukturan semula pasukan
Sepanyol terus mengubah barisan kejurulatihannya dengan yang terbaru, Albert Luque dupilih sebagai pengganti Jose Molina selaku pengarah sukan.

Piala Dunia Qatar: Luis Enrique mohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tinggalkan pasukan
Luis Enrique memohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022, yang turut menyaksikan dia kehilangan jawatannya.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol tidak lanjut kontrak Luis Enrique
Luis Enrique meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Sepanyol berikutan kekalahan mengejut pasukannya dalam pusingan 16 Piala Dunia kepada Maghribi, demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF).

Piala Dunia Qatar: Sepanyol perlu sesuaikan diri selepas kekalahan mengejutkan
Michel Salgado percaya pasukan muda Sepanyol bimbingan Luis Enrique perlu menyesuaikan diri selepas tersingkir secara mengejut daripada Piala Dunia Qatar 2022.

Piala Dunia Qatar: Regragui akui pelan Maghribi benarkan Sepanyol kawal permainan
Jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berkata rancangannya adalah untuk membiarkan Sepanyol menguasai bola selepas pasukannya menang penentuan penalti yang penuh dramatik dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Sepanyol dalam penentuan penalti
Maghribi meneruskan sensasi dalam Piala Dunia Qatar 2020 apabila menyingkirkan Sepanyol menerusi kemenangan 3-0 dalam penentuan sepakan penalti aksi pusingan 16 di Stadium Education City sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Maghribi perlu tampil aksi terbaik jika mahu atasi Sepanyol -- Bounou
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, berkata Sepanyol akan memaksa pasukannya untuk meningkatkan tahap mereka selepas mereka mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia buat kali kedua.

Piala Dunia Qatar: Kalau tahu saya mungkin sudah kena serangan jantung, kata Luis Enrique
Luis Enrique boleh mendapat serangan jantung sekiranya dia tahu Sepanyol akan tersingkir daripada Piala Dunia di Qatar dalam pertembungan dramatik hujung perlawanan Kumpulan E, awal pagi tadi.