Shaiful Shamsudin
Fri Nov 25 2022

Lucas Hernandez selesai menjalani pembedahan lutut -- ligamen anterior cruciate (ACL) -- selepas memainkan peranan kecil dalam kemenangan 4-1 Perancis ke atas Australia dalam Piala Dunia di Qatar, semalam.
Majikan Hernandez, Bayern Munich, mengesahkan pertahanan itu selesai menjalani pembedahan di Innsbruck, dan tempoh pemulihannya akan bermula di Munich dalam masa beberapa hari lagi.
Hernandez terpaksa melupakan baki saingan Piala Dunia ekoran kecederaan yang menyaksikannya terpaksa digantikan selepas hanya 13 minit di atas padang.
Bayern belum dapat menawarkan jangka masa pemulihan Hernandez tetapi dijangka dia akan terlepas baki musim 2022-23.
Ketiadaan Hernandez itu merupakan satu lagi tamparan terhadap krisis kecederaan selepas Paul Pogba, N'Golo Kante, Karim Benzema dan Christopher Nkunku terpaksa digugurkan sebelum sepak mula kejohanan.
Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berkata selepas perlawanan semalam: "Seperti keseluruhan kumpulan, pemain dan kakitangan, saya bersimpati dengan Lucas.
"Kami kehilangan elemen penting. Lucas adalah seorang pahlawan dan saya tidak ragu-ragu bahawa dia akan melakukan segala yang terhadap demi kembali ke pangkuan skuad.
"Saya mengenalinya dengan baik. Dia bersemangat waja, itu sudah pasti. Bagi pihak kumpulan pula, saya mendoakan kesembuhannya sebaik mungkin.

Piala Dunia Qatar: Lucas Hernandez selesai bedah lutut
Lucas Hernandez selesai menjalani pembedahan lutut -- ligamen anterior cruciate (ACL) -- selepas memainkan peranan kecil dalam kemenangan 4-1 Perancis ke atas Australia dalam Piala Dunia di Qatar, semalam.

Liga Negara-Negara UEFA: Kante, Hernandez terlepas perlawanan bertemu Croatia
N'Golo Kante dan Lucas Hernandez telah terkeluar daripada skuad Perancis menjelang perlawanan Liga Negara-Negara (UEFA Nations League) menentang Croatia esok.

Bayern sahkan Lucas Hernandez selamat jalani pembedahan lutut
Bayern Munich mengesahkan bahawa pertahanan mereka, Lucas Hernandez, telah selamat menjalani pembedahan kecederaan lutut.

Euro 2020: Perancis berdepan krisis kecederaan pertahanan menjelang pusingan 16
Didier Deschamps gusar dengan tahap kecergasan dua pertahanannya, Lucas Digne dan Lucas Hernandez, pada ketika Perancis sedang membuat persiapan bagi menghadapi pusingan kalah mati Euro 2020.

Hernandez tekad balas kepercayaan Bayern, Perancis
Lucas Hernandez tekad untuk membuktikan kemampuannya buat kelab dan negara ketika pertahanan Bayern Munich menyasarkan untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama buat Perancis.

Hernandez alami kecederaan otot dalam kemenangan Bayern
Lucas Hernandez mengalami kecederaan otot sewaktu Bayern Munich menewaskan Fortuna Dusseldorf, kata pengurus pasukan, Hansi Flick.