Kekalahan Brazil melalui penentuan sepakan penalti Piala Dunia kepada Croatia mengembalikan kenangan tentang kekecewaan Itali kepada skuad Selecao menerusi situasi serupa dalam edisi final 1994 buat bekas ketua jurulatih pasukan Azzurri, Arrigo Sacchi.
Juara lima kali itu tersingkir dalam suku akhir dan lawan mereka yang juga finalis 2018 tersebut lebih gemilang dalam penentuan di jarak 12 ela berkenaan untuk kemenangan 4-2 selepas dua gol terhasil dalam tambahan masa di Stadium Education City, semalam.
Sacchi memacu Itali ke perlawanan akhir 1994 di Rose Bowl, Pasadena, di mana Brazil menafikan kejayaan mereka menerusi penentuan sepakan penalti dengan rembatan Franco Baresi dan Roberto Baggio melepasi palang.
Sacchi, 76, bersimpati dengan pasukan kendalian Tite itu sambil turut memuji semangat yang dipamerkan Croatia.
“Rakyat Croatia tidak pernah berputus asa dan tidak gentar untuk berdepan Brazil,” tulisnya dalam ruangan La Gazzetta Dello Sport.
“Mereka lebih bertekad berbanding Brazil yang kini akan memahami betapa peritnya tewas menerusi sepakan sepakan penalti.
"Malangnya, saya tersedar tentang sesuatu mengenainya dan saya mengaku bahawa ketika menonton perlawanan itu di televisyen, saya sempat terkenangkan emosi dan perasaan di Pasadena pada 1994."
Sacchi turut meluahkan pandangannya mengenai kemenangan Argentina ke atas Belanda dan mengkritik pendekatan La Albiceleste yang membazirkan pendahuluan 2-0 sebelum mara dengan penentuan sepakan penalti.
“Saya tidak melihat banyak kualiti dalam separuh masa pertama -- hanya apabila Lionel Messi mula menguasai bola, lampu dihidupkan,” sambungnya.
"Tiada siapa yang mahu mengambil risiko berikutan Argentina meletakkan lima pertahanan, begitu juga Belanda. Pasukan Van Gaal kebiasaannya gemar menyerang, tetapi Belanda cenderung lebih bertahan dalam Piala Dunia kali ini.
"Apabila Argentina mendahului 2-0, Van Gaal melemparkan penyerang tingginya dan bertarung secara fizikal. Ia satu tindakan tepat tetapi Argentina melakukan kesilapan yang tidak seharusnya dimaafkan. Mereka tidak sepatutnya membenarkan Belanda menghampiri gawang dan patut kekalkan bentuk bertahan lebih tinggi di atas padang."
Shaiful Shamsudin
Sun Dec 11 2022


Pejuang hak wanita selar Manchester United
Yayasan yang dikenali sebagai Women’s Aid percaya kelab yang membenarkan pemain terus beraksi biarpun ketika berdepan dakwaan penderaan domestik telah menghantar mesej bahawa kes mereka tidak diambil serius.

Piala Dunia Wanita: Brazil gagal ke pusingan 16 buat kali pertama sejak 1995
Brazil tersingkir daripada Piala Dunia Wanita selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Jamaica di Melbourne.

Piala Dunia Wanita: Sweden belasah Itali, Jamaica cipta sejarah
Gol berganda Amanda Ilestedt memastikan Sweden mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan G, Piala Dunia Wanita dengan membelasah Itali 5-0 di Wllington semalam.

Sentuhan berpengalaman Carlo Ancelotti mampu pacu Brazil -- Lucas Leiva
Carlo Ancelotti memiliki pengalaman dan kualiti untuk membantu Brazil menawan Piala Dunia keenam, menurut bekas pemain tengah skuad Selecao, Lucas Leiva.

Saya tidak akan cakap tentang Brazil, saya jurulatih Real Madrid -- Carlo Ancelotti
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, enggan mengulas mengenai peluang Los Blancos menandatangani bintang Perancis Kylian Mbappe, yang terlibat dalam pertikaian kontrak dengan Paris Saint-Germain.

Rumah agam Neymar langgar peraturan alam sekitar
Neymar berdepan denda oleh pihak berkuasa alam sekitar Brazil buat sekian kalinya selepas tidak mengendahkan arahan supaya menghentikan projek pembinaan tanpa lesen di rumah agamnya di luar Rio de Janeiro.

Skuad Brazil dalam fasa peralihan -- Willian
Willian percaya pasukan kebangsaan Brazil berada dalam tempoh peralihan ketika dalam usaha melantik jurulatih baharu.

Ancelotti tidak berhasrat tinggalkan Real Madrid
Carlo Ancelotti telah mengisytiharkan bahawa dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini.

LaLiga: Ancelotti tidak layan spekulasi ke Chelsea, Brazil kerana hormat Real Madrid
Carlo Ancelotti tidak akan melayani spekulasi yang mengaitkannya untuk menyertai Chelsea dan skuad kebangsaan Brazil kerana menghormati Real Madrid.

Endrick enggan dibayangi Pele
Penyerang Brazil, Endrick, menolak dibandingkan dengan Pele selain mengkritik cerita negatif yang telah diterbitkan mengenainya.