Ammar Hakim
Fri Nov 04 2022
Penyerang Jerman, Timo Werner, bakal terlepas Piala Dunia Qatar selepas mengalami kecederaan koyak ligamen buku lali ketika bermain untuk RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara Khamis lalu.
Werner mengalami kecederaan pada separuh masa pertama berikutan diterjah pemain Shakhtar Donetsk, Taras Stepanenko, dan telah digantikan selepas cuba untuk meneruskan permainan.
Pemain berusia 26 tahun itu digantikan oleh Emil Forsberg pada minit ke-19 dan Leipzig memenangi perlawanan itu 4-0, sekali gus mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16.
Leipzig semalam mengumumkan Werner tidak akan bermain lagi tahun ini, dengan menyatakan dalam tweet: "Timo Werner mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan ke atas Shakhtar Donetsk.
"Imbasan menunjukkan bahawa dia mengalami koyak ligamen syndesmosis di pergelangan kaki kirinya dan oleh itu akan diketepikan untuk baki 2022."

Bundesliga: Leipzig bangkit ikat Bayern Munich
Bayern Munich keciciran dua mata selepas terikat 1-1 dengan RB Leipzig dalam perlawanan Bundesliga di Arena Red Bull awal pagi tadi.

UCL: Manchester City tidak ambil mudah cabaran Leipzig
Pengarah Manchester City, Txiki Begiristain, percaya pasukannya akan berdepan laluan sukar dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah apabila diundi menentang RB Leipzig dalam majlis undian malam tadi.

Piala Dunia Qatar: Kecederaan paksa Werner diketepikan
Penyerang Jerman, Timo Werner, bakal terlepas Piala Dunia Qatar selepas mengalami kecederaan koyak ligamen buku lali ketika bermain untuk RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara Khamis lalu.

UCL: Ancelotti enggan kritik Real Madrid selepas tewas mengejut kepada RB Leipzig
Carlo Ancelotti berkata dia 'tidak sakit hati' dengan prestasi Real Madrid selepas tewas mengejut 2-3 di tangan RB Leipzig dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Modric terlepas aksi bertemu RB Leipzig
Real Madrid akan beraksi tanpa Luka Modric apabila menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

UCL: Ancelotti tabik Asensio selepas pastikan kemenangan Madrid ke atas Leipzig
Carlo Ancelotti menzahirkan penghormatan istimewanya buat pemain gantian, Marco Asensio, selepas Real Madrid mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig dalam aski Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Piala Super DFB: Leipzig kunci mulut tentang Timo Werner
Timo Werner dan RB Leipzig saling melengkapi ketika mencipta musim cemerlang selama empat tahun, tetapi kelab Bundesliga itu enggan mengesahkan sama ada mereka berminat untuk menghidupkan semula hubungan berkenaan.

Robertson: Liverpool tidak pernah ragui kemampuan Darwin Nunez
Andy Robertson menegaskan Liverpool tidak mempunyai kebimbangan terhadap Darwin Nunez selepas pemain Uruguay itu menjaringkan empat gol dalam membelasah RB Leipzig pramusim, sambil menggesa penyokong supaya bersabar dengan penyerang baharu The Reds itu.

Kotak pandora sudah dibuka -- Klopp puji aksi cemerlang Nunez
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan ia sebagai 'malam yang sempurna' buat Darwin Nunez apabila dia turun daripada bangku simpanan pada separuh masa dan menjaringkan empat gol dalam kemenangan persahabatan 5-0 pasukannya menentang RB Leipzig semalam.

Nkunku lanjut kontrak dengan RB Leipzig di sebalik spekulasi ke England
Christopher Nkunku menandatangani kontrak baru bersama RB Leipzig yang akan mengikatnya di kelab itu sehingga 2026.