Pemain tengah England dan Manchester City, Kalvin Phillips, bergelut untuk cergas menjelang kempen Piala Dunia Qatar, November depan.
Pemain itu terlepas kemenangan bergaya 3-0 The Citizens ke atas 10 pemain Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux, malam tadi.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu berada di landasan kemenangan sejak merobek gawang lawan pada minit pertama melalui ketajaman Jack Grealish.
Erling Haaland turut meneruskan rentak jaringannya pada minit ke-16 dan nasib Wolves bertambah perit apabila perlu mengharungi sejam permainan tanpa Nathan Collins yang dibuang padang.
Namun, di sebalik kecemerlangan mereka menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), bekas pemain Leeds United itu menawarkan berita kurang enak apabila sah menarik diri daripada skuad antarabangsa bimbingan Gareth Southgate untuk menghadapi Itali dan Jerman dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL), hujung bulan ini.
Dan walaupun sempat beraksi dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), Philips akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan bahu -- pernah menjalani prosesnya dua kali -- yang membelenggunya sejak pra-musim lalu.
Shaiful Shamsudin
Sun Sep 18 2022


Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Manchester City ikat bintang muda Argentina
Manchester City melengkapkan perpindahan pemain belia Argentina, Maximo Perrone, daripada Velez Sarsfield.

Guardiola tepis tanggapan Erling Haaland jadikan permainan Man City statik
Pep Guardiola mempertahankan peranan Erling Haaland di Manchester City sambil menegaskan pemain antarabangsa Norway itu tidak menjejaskan corak permainan pasukannya musim ini.

EPL: Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol tewaskan Spurs
Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol dalam separuh masa pertama untuk menewaskan Tottenham 4-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi tadi, sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Arsenal.

Segala-galanya harus tertumpu kepada Haaland
Menjelang perlawanan penting menentang Tottenham Hotspur esok, Manchester City berhadapan satu dilema yang mungkin tidak pernah mereka hadapi -- haruskah sistem permainan yang telah lama dibentuk dan digilap diubah demi membolehkan penyerang utama mereka bersinar sepenuhnya?

EPL: Arsenal akan tamatkan musim di belakang dua pasukan Manchester -- Neville
Gary Neville menjangkakan Arsenal akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat ketiga di belakang Manchester City dan Manchester United walaupun The Gunners kini sedang mendahului carta liga berkenaan dengan jurang yang besar.

EPL: City perlu cari jalan pastikan Haaland terlibat secara menyeluruh -- Guardiola
Pep Guardiola mahu Manchester City mencari jalan untuk memastikan Erling Haaland terlibat dengan perlawanan secara lebih menyeluruh.

Manchester City perkemas pertahanan, kata John Stones
John Stones memuji perubahan di benteng yang diterapkan Manchester City ketika menentang Chelsea bagi memastikan kemenangan berharga 1-0 di Stamford Bridge.

Guardiola tiada khuatir reaksi berang Erling Haaland
Erling Haaland perlu bermain dengan penuh semangat ketika cuba dikekang pertahanan lawan, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Guardiola: Manchester City perlukan prestasi sempurna pintas Arsenal
Manchester City perlu mencapai prestasi "hampir sempurna" hingga akhir musim ini sekiranya mereka berhasrat memintas Arsenal, demikian menurut Pep Guardiola.