Ammar Hakim
Wed Nov 23 2022

Didier Deschamps percaya Kylian Mbappe bersedia untuk satu lagi kempen Piala Dunia yang tidak dapat dilupakan selepas dia menjaringkan gol dan satu bantuan dalam kemenangan 4-1 Perancis ke atas Australia, dengan menyatakan, 'Ia adalah pertandingannya'.
Mbappe menjadi remaja kedua -- selepas Pele pada 1958 -- yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia ketika Perancis menumpaskan Croatia untuk memenangi kejohanan di Russia empat tahun lalu, dan dia membuat permulaan yang kukuh untuk pertandingan tahun ini apabila Les Bleus meraih kemenangan.
Craig Goodwin memberikan Australia pendahuluan mengejut dalam pertembungan Kumpulan D awal pagi tadi, tetapi Mbappe mencetus inspirasi kebangkitan Perancis pada separuh masa pertama apabila Adrien Rabiot dan Olivier Giroud menjaringkan gol untuk Les Bleus kembali mendahului permainan.
Mbappe memastikan kemenangan dengan gol ketiga pasukan sebelum melakukan lorongan buat Giroud.
Pada usia 23 tahun dan 337 hari, Mbappe kini merupakan pemain termuda yang telah menjaringkan lima gol Piala Dunia untuk Perancis, dan Deschamps menjangkakan dia terus cemerlang di Qatar.
"Kylian telah menjadi salah seorang pemain terbaik dunia sejak sekian lama, dan dia berasa sangat yakin," kata Deschamps. “Anda boleh lihat dengan cara dia bermain. Dia tenang dan menumpukan perhatian.
"Dia berada dalam prestasi terbaik untuk tempoh yang agak panjang. Saya tahu dia akan bersedia untuk Piala Dunia ini, ia adalah persaingannya dan dia tahu bagaimana untuk membuat perubahan.
"Dia sentiasa boleh bermain sebagai sebahagian daripada pasukan, jadi itu bagus untuk kami, dan saya mempunyai ramai penyerang, tetapi Kylian, sudah tentu, seorang yang cemerlang."

Piala Dunia Wanita: England ke final kali pertama atasi Australia
Jaringan Lauren Hemp dalam babak kedua memacu kemaraan England ke final Piala Dunia Wanita buat kali pertama dengan mengatasi tuan rumah, Australia, 3-1 dalam perlawanan separuh akhir di Sydney malam tadi.

Piala Dunia Wanita: England tetap waspada Australia biarpun tanpa Sam Kerr
Pengurus England, Sarina Wiegman, percaya pasukannya tidak boleh mengambil mudah Australia biarpun tanpa Sam Kerr seandainya mahu melihat The Lionesses mara ke final Piala Dunia Wanita buat kali pertama.

Piala Dunia Wanita: Australia tumbang di tangan Nigeria, Portugal raih kemenangan pertama
Nigeria mencipta kejutan dalam Piala Dunia Wanita 2023 apabila menumbangkan pasukan tuan rumah, Australia, 3-2 di Stadium Suncorp semalam.

Kyrgios beri bayangan bersara tahun depan
Nick Kyrgios mungkin bersara jika dia memenangi grand slam pada musim 2023.

Piala Dunia Qatar: Argentina mampu dorong prestasi terbaik Australia -- Arnold
Ketua jurulatih Australia, Graham Arnold, percaya anak buahnya mampu mencipta kejutan terbaru dalam Piala Dunia di Qatar ketika berdepan Argentina yang diketuai Lionel Messi, awal pagi esok.

Piala Dunia Qatar: Arnold berbangga Australia layak ke pusingan 16
Graham Arnold mencadangkan Australia kini memiliki 'generasi emas baharu' di tangan mereka selepas mereka layak ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Duke hembus nafas baru buat The Socceroos
Tandukan di separuh masa pertama daripada Mitch Duke memadai untuk membenarkan Australia mengatasi Tunisia sekaligus menghidupkan peluang Australia mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia Qatar dalam kemenangan 1-0 sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: 'Ubi muda' mampu jadi pembakar semangat Les Bleus -- Rabiot
Adrien Rabiot percaya barisan pemain tengah kurang berpengalaman Perancis 'mampu jadi kuasa positif', berikutan persembahan cemerlang dalam aksi Piala Dunia Qatar bertemu Australia.

Piala Dunia Qatar: Ini adalah pentas Mbappe -- Deschamps puji aksi cemerlang bintang PSG
Didier Deschamps percaya Kylian Mbappe bersedia untuk satu lagi kempen Piala Dunia yang tidak dapat dilupakan selepas dia menjaringkan gol dan satu bantuan dalam kemenangan 4-1 Perancis ke atas Australia, dengan menyatakan, 'Ia adalah pertandingannya'.

Piala Dunia Qatar: Juara bertahan peroleh permulaan terbaik, Mbappe, Giroud menyinar
Penyerang Perancis, Olivier Giroud, menyamai rekod jaringan Thierry Henry ketika Les Bleus bangkit untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia awal pagi tadi.