Ammar Hakim
Tue Dec 06 2022

Bukayo Saka menolak perbandingan di antara prestasinya di Piala Dunia Qatar dan penampilan sulung Kylian Mbappe di kejohanan tersebut empat tahun lalu menjelang pertemuan England dan Perancis.
Saka menjaringkan gol ketiga di Piala Dunia ketika England mengatasi Senegal 3-0 dalam pusingan 16 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Les Bleus.
Selepas turun tiga daripada empat perlawanan England di Qatar, Saka dijangka bakal membantu untuk mengekang Mbappe, yang menjanjikan tugas yang sukar selepas bintang Paris Saint-Germain itu meraih lima gol untuk kejohanan itu dalam kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Poland.
Mbappe menyertai Pele sebagai remaja kedua yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018, dan Saka tidak mahu membandingkan kempen debutnya sendiri dengan kempen pemain Perancis itu.
Ditanya sama ada dia boleh mengikut jejak Mbappe dengan dinamakan pemain muda kejohanan itu, Saka berkata: "Terima kasih atas pujian, tetapi hanya ada seorang Kylian Mbappe.
"Pada masa yang sama, hanya seorang Bukayo Saka. Saya hanya mahu menjadi diri saya sendiri dan membantu pasukan saya dengan cara terbaik yang saya boleh.
“Terdapat ramai pemain muda dalam kejohanan ini, saya boleh namakan begitu ramai.
"Malah dalam pasukan kami, di samping saya ada seorang lagi pemain muda yang bermain dengan sangat baik dalam Jude Bellingham. Saya gembira kerana kami semua berada di sini dan bermain dengan baik.
"Keutamaan adalah untuk cuba memenangi kejohanan, bukannya menjadi pemain kejohanan atau pemain muda kejohanan."

Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Southgate kekal bimbing Three Lions
Gareth Southgate akan kekal sebagai pengurus England melalui Euro 2024, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya berikutan tersingkirnya Three Lions daripada Piala Dunia Qatar.

Gary Neville seru Southgate perlu dikekalkan sehingga Euro 2024
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sehingga Euro 2024 walaupun mereka tersingkir di suku akhir Piala Dunia Qatar, kata Gary Neville.

Piala Dunia Qatar: Pemain bakal pengaruhi kedudukan Southgate -- Capello
Gareth Southgate harus kekal sebagai pengurus England sekiranya dia berasakan pemain berada di belakangnya, menurut bekas jurulatih The Three Lions, Fabio Capello.

Piala Dunia Qatar: Ten Hag harapkan Harry Maguire tonjol prestasi serupa di Manchester United
Erik ten Hag mahu Harry Maguire supaya mengulangi prestasinya di England ketika mewakili Manchester United untuk merebut semula tempat dalam barisan The Red Devils.

Piala Dunia Qatar: Southgate berbangga dengan England, ambil masa tentukan masa depan
Gareth Southgate akan meluangkan masa untuk 'membuat keputusan yang tepat' mengenai masa depannya sebagai pengurus England namun berbangga dengan cara pasukannya bertemu Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Deschamps anggap Perancis 'nasib baik' atasi England
Perancis bertuah dalam kemenangan suku akhir Piala Dunia Qatar ke atas England menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps, yang telah memuji prestasi pasukan kendalian Gareth Southgate.

Piala Dunia Qatar: Igauan sepakan penalti bakal hantui Kane
ENGLAND 1 PERANCIS 2

Piala Dunia Qatar: Gerrard kagum Henderson hidupkan jentera tengah England
Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, memuji pemain tengah England, Jordan Henderson, atas persembahannya dalam Piala Dunia yang tiada celanya.

Piala Dunia Qatar: Kane tekad kekal rutin sepakan penalti
Harry Kane tidak akan mengubah apa-apa tentang rutin sepakan penaltinya sekiranya dia perlu berdepan rakan sepasukan di Tottenham, Hugo Lloris, dalam pertemuan perlawanan suku akhir Piala Dunia di antara England dengan Perancis, awal pagi esok.