Shaiful Shamsudin
Mon Dec 12 2022

Ronaldo mendedahkan Brazil cuba menawarkan Pep Guardiola untuk menjadi ketua jurulatih baharu mereka sebelum pengurus Manchester City itu memperbaharui kontraknya dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Brazil dalam pembentukan skuad baru selepas era Tite -- yang membimbing mereka ke suku akhir Piala Dunia sebelum mengalami kekecewaan penentuan sepakan penalti menentang Croatia, kelmarin -- berakhir.
Ketua jurulatih berusia 61 tahun itu sejak Februari lalu lagi sudah mengumumkan bahawa dia akan mengosongkan jawatannya tanpa mengira nasib juara lima kali berkenaan di Qatar.
Penyerang legenda skuad Samba, Ronaldo, berkata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pernah berunding dengan bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu yang sebaliknya memilih untuk melanjutkan tempohnya di Stadium Etihad sehingga 2025.
"Memang kami meminati Guardiola; ia telah dibincangkan dengan barisan kakitangan kejurulatihan Guardiola, tetapi dia lebih senang untuk memperbaharui kontraknya dengan City," kata pemenang Piala Dunia 2002 itu di saluran YouTube.
"Mungkin sukar buat CBF mencapai persetujuan; dia adalah jurulatih dengan bayaran tertinggi di dunia."

EPL: City perlu cari jalan pastikan Haaland terlibat secara menyeluruh -- Guardiola
Pep Guardiola mahu Manchester City mencari jalan untuk memastikan Erling Haaland terlibat dengan perlawanan secara lebih menyeluruh.

EPL: Kemahuan, keinginan punca Guardiola kekal lama di Manchester City
Pep Guardiola berkata dia mungkin tidak menandatangani kontrak baru di Manchester City seandainya barisan pemainnya tidak menunjukkan kemahuan dan keinginan mereka.

EPL: Haaland makin pulih, sedia diturunkan City lawan Leeds
Erling Haaland bergelut untuk pulih daripada kecederaan kaki tetapi Pep Guardiola menjangkakan penyerang itu akan dapat memainkan peranan ketika Manchester City menentang Leeds United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Phillips bukan cedera tapi kegemukan, kata Guardiola
Kalvin Phillips kembali daripada Piala Dunia dengan 'kegemukan' dan tidak bersedia untuk diturunkan ketika menentang Liverpool, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona -- Guardiola
Pep Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.

UCL bukan penentu utama Guardiola kekal terajui Manchester City
Pep Guardiola menegaskan keinginan untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) bukanlah satu-satunya motivasinya untuk menandatangani kontrak baharu Manchester City, apa pun dia berasakan tempoh pengendaliannya di sana tidak lengkap tanpa kejayaan Eropah.

Kami hanya miliki empat, lima pemain utama -- Guardiola berang jadual padat Man City
Pep Guardiola menjelaskan dia tidak berpuas hati dengan jadual padat Manchester City selepas tamat Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Guardiola tolak peluang kendali Brazil
Ronaldo mendedahkan Brazil cuba menawarkan Pep Guardiola untuk menjadi ketua jurulatih baharu mereka sebelum pengurus Manchester City itu memperbaharui kontraknya dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Guardiola akui Brentford layak atasi Man City
Pep Guardiola mengakui Brentford layak menang selepas dua gol Ivan Toney menyaksikan Manchester City akur dengan kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Newcastle, Liverpool mampu cabar gelaran liga -- Guardiola
Pep Guardiola percaya Newcastle United adalah pesaing untuk trofi Liga Perdana Inggeris musim ini dan berasakan Liverpool tidak boleh diketepikan, menamakan enam pesaing untuk mahkota Manchester City.