Muzaffar Musa
Thu Dec 08 2022

Hansi Flick akan kekal sebagai ketua jurulatih Jerman sehingga Euro 2024, di sebalik kegagalan besarnya dalam kempen Piala Dunia Qatar, demikian keputusan selepas perbincangan yang dilakukan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB).
Bekas pengendali Bayern munich itu mengambil alih jawatan Joachim Low selepas Euro 2020 dan ditugaskan untuk memulihkan prestasi pasukan kebangsaan berkenaan selepas dua kempen mengecewakan dalam kejohanan utama.
Bagaimanapun, sama seperti kempen di Russia pada 2018, Jerman sekali lagi tersingkir seawal peringkat kumpulan di Qatar, sekali gus menerbitkan persoalan mengenai hierarki tertinggi pasukan itu, yang mendorong kepada tersingkirnya pengarah teknikal, Oliver Bierhoff.
Masa depan Flick turut terancam selepas kegagalan itu tetapi sebaik mengadakan perbincangan dengan Presiden DFB, Bernd Neuendorf, dan naib presiden, Hans-Joachim Watzke, dia kini disahkan akan kekal bersama pasukan berkenaan.
"Saya dan staf kejurulatihan saya optimis mengenai Kejohanan Eropah di negara sendiri," kat Flick.
"Sebagai satu pasukan, kami boleh melakukan banyak lagi berbanding apa yang kami tunjukkan di Qatar. Kami terlepas peluang terbaik di sana.
"Kami akan mengambil pengajaran daripada perkara itu, Kami semua mahu seluruh Jerman sekali lagi berpadu di belakang pasukan kebangsaan apabila mengharungi Kejohanan Eropah di tempat sendiri pada 2024," katanya.

Liga Super: Usia bukan penghalang Del Valle pacu gemilang Selangor FC
Penyerang baru Selangor FC, Ayron Del Valle, berkata faktor usia bukan penghalang untuk dia memacu kejayaan buat pasukan Merah Kuning itu musim ini.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Selangor FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.

Liga Super: Cabaran baru beraksi petang
Perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang akan menjadi cabaran baru buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.

LaLiga: Xavi gembira Marcos Alonso pilih kekal di Barcelona
Xavi yakin Marcos Alonso akan memainkan peranan besar dalam usaha Barcelona untuk memenangi lebih banyak trofi selepas pemain itu menandatangani kontrak baru semalam.

EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

EPL: Klopp janji trofi sedang menanti Liverpool selepas waktu sukar
Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.

FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.

EPL: Kieran Trippier gembira lanjut kontrak di Newcastle United
Kieran Trippier menandatangani kontrak lanjutan di Newcastle United dan pertahanan kebangsaan England itu turut membandingkan The Magpies bimbingan Eddie Howe dengan bekas pasukannya, Atletico Madrid, kendalian Diego Simeone.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Bekas penjaring gol terbanyak liga Colombia, Ayron del Valle, dikaitkan untuk menyertai Selangor FC dalam masa terdekat.