ENGLAND 6 IRAN 2
Bukayo Saka menyumbat dua gol ketika England memulakan kempen Piala Dunia di Qatar dengan membelasah Iran 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.
Saka -– yang gagal penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Euro 2020 tahun lalu -– mula menyeksa lawan menerusi rembatan voli untuk membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu mendahului 3-0 dalam separuh masa pertama sebelum dia mengukuhkan kedudukan mereka selepas rehat.
Malang berganda buat Iran selepas penjaga gol, Alireza Beyranvand, terpaksa digantikan akibat kecederaan di kepala.
Jude Bellingham menggunakan situasi itu untuk merakamkan jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa, manakala Raheem Sterling melakar gol ketiga buat The Three Lions.
Dan selepas beberapa minit jaringan kedua Saka, Mehdi Taremi menafikan rekod bersih England dengan penyudah deras untuk cuba menyalakan semula harapan mereka.
Tetapi pemain gantian, Marcus Rashford dan Jack Grealish, bertindak balas untuk England melontarkan amaran awal kepada seteru Kumpulan B yang lain walaupun Taremi menjaringkan gol kedua gergasi Asia itu daripada sepakan penalti dalam penghentian masa.
Shaiful Shamsudin
Mon Nov 21 2022


Harry Kane kasihan Harry Maguire jadi kambing hitam
Harry Kane mempertahankan Harry Maguire apabila ketua pasukan England itu mengecam bentuk layanan yang diterima pertahanan itu yang disifatkan sebagai kambing hitam atas alasan yang tidak wajar.

Piala Dunia Ragbi: England ke suku akhir atasi Jepun
England ke suku akhir Piala Dunia Ragbi selepas menewaskan Jepun 34-12 dalam perlawanan Kumpulan D di Allianz Riviera, Nice awal pagi tadi.

Ibu Harry Maguire kesal ejekan melampau peminat
Ibu Harry Maguire mengkritik 'penderaan dasyat' terhadap anaknya yang dipercayai telah melampaui bola sepak.

Piala Dunia Ragbi: Peranan Kevin Sinfield tunjang pertahanan England
Freddie Steward mendedahkan keampuhan benteng England ketika berdepan Argentina hasil sentuhan Kevin Sinfield selepas bergelut bertemu Fiji.

England elak eksperimen berlebihan lawan Scotland
Gareth Southgate menganggap adalah tidak masuk akal untuk bereksperimentasi secara berlebihan ketika England menuju ke Hampden Park untuk menghadapi seteru lama, Scotland, dalam perlawanan persahabatan awal pagi esok.

Scotland-England bukan sekadar aksi pemanas badan -- Kyle Walker
Kyle Walker mengelak untuk meremehkan Scotland selepas England mempersembahkanan rentak di bawah keupayaan sebenar ketika memerlukan sentuhan penyudah pertahanan itu untuk mengikat Ukraine 1-1.

Piala Dunia Ragbi: George Ford pastikan England buka kempen dengan kemenangan
George Ford menjadi pencetus kepada kemenangan England mengatasi Argentina 27-10 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Ragbi meskipun Tom Curry diarahkan keluar padang seawal minit ketiga.

Kelayakan Euro 2024: Gol Kyle Walker selamatkan maruah England ikat Ukraine
England ditampar realiti sukar menjelang Euro 2024 tahun depan apabila terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Ukraine 1-1 dalam aksi kelayakan di Poland awal pagi tadi.

Kane akui masih bergelut sejak sertai Bayern Munich di Jerman
Harry Kane berharap dapat membantu England mengecap gemilang dalam Euro 2024 di Jerman musim panas depan tetapi mengakui dia masih bergelut dengan bahasa negara itu sejak menyertai Bayern Munich bulan lalu.

James Maddison mahu ikut jejak langkah Paul Gascoigne, Wayne Rooney
James Maddison menjadi bintang YouTube hasil usaha bapanya dan kini pemain Tottenham itu berharap mampu mengikut jejak langkah idolanya seperti Paul Gascoigne dan Wayne Rooney ketika menyasarkan kejayaan bersama England.