Shaiful Shamsudin
Sat Dec 03 2022

Ejen kepada Jurgen Klopp menolak prospek pengurus Liverpool itu sebagai calon untuk menggantikan Hansi Flick sebagai ketua jurulatih Jerman berikutan penyingkiran awal dalam Piala Dunia di Qatar.
Dua gol daripada Kai Havertz serta jaringan Serge Gnabry dan Niclas Fullkrug memastikan kemenangan 4-2 Jerman ke atas Costa Rica semalam, tetapi segala usaha mereka itu sudah tidak bermakna apabila Jepun melancarkan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan Sepanyol bagi menyertai mereka melepasi rintangan Kumpulan E.
Penyingkiran awal di peringkat kumpulan merupakan insiden kedua berturut-turut buat Jerman, sekali gus mengundang kritikan keras terhadap pasukan itu dengan beberapa pihak mula mempersoalkan kebolehan Flick untuk terus mengemudi Dia Mannschaft.
Bekas pemain antarabangsa Jerman, Dietmar Hamann, menggesa Flick supaya melepaskan jawatannya berikutan kempen yang menyedihkan di Qatar, sementara pengurus Liverpool, Klopp termasuk bekas jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel, dicanang sebagai bakal pengganti.
Bagaimanapun, wakil Klopp, Marc Kosicke, memberitahu Sky Sports di Jerman bahawa bekas pengurus Borussia Dortmund itu tidak akan berminat dengan peranan tersebut dengan berkata: "Ini adalah topik media.
"Jurgen terikat dengan kontrak di Liverpool hingga 2026 dan dia berhasrat untuk memenuhinya."

Jurgen Klopp tangkis kritikan sudah tidak relevan kemudi Liverpool
Jurgen Klopp mempertahankan dirinya daripada kritikan di sebalik musim sukar mengemudi Liverpool apabila menegaskan dia tidak akan menjadi pengurus yang buruk selepas hanya semalaman.

EPL: Klopp janji trofi sedang menanti Liverpool selepas waktu sukar
Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.

Penyudah Liverpool masih tumpul
Kegagalan penyerang utama kedua-dua pasukan menjaringkan gol telah menjadikan perlawanan di antara Liverpool dan Chelsea itu semalam suram dan tidak seperti diharapkan oleh kedua-dua penyokong mereka.

EPL: Perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp berakhir Liverpool seri dengan Chelsea
Dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut, Liverpool dan Chelsea, sekadar seri tanpa jaringan di Anfield, dalam aksi yang juga merupakan perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp sebagai pengurus.

Liverpool perlu kembali ke perkara asas selepas tewas kepada Brighton -- Klopp
Jurgen Klopp berasakan Liverpool perlu kembali ke perkara asas selepas tewas 0-3 kepada Brighton and Hove Albion hujung minggu lalu.

Piala FA Inggeris: Klopp ulangi gesaan mansuh aksi timbal balik
Jurgen Klopp mengulangi seruannya agar perlawanan timbal balik Piala FA dimansuhkan apabila bakal menerajui Liverpool ke Wolves dalam pusingan ketiga, awal pagi esok.

Klopp geram pengadil tidak halang kelakuan pemain Brentford
Jurgen Klopp menuduh Brentford menikmati penguatkuasaan peraturan yang longgar yang menjadi punca Liverpool tewas mengejut 3-1 kepada The Bees, awal pagi tadi.

Penampilan sulung Gakpo ditangguh terlebih dahulu -- Klopp
Jurgen Klopp gembira di sebalik pembelian pantas Liverpool mendapatkan penyerang PSV, Cody Gakpo, tetapi mengetahui penyerang itu mungkin akan terpaksa menunggu terlebih dahulu untuk penampilan sulungnya.

EPL: Klopp percaya Nunez akan temui jaringan
Jurgen Klopp percaya Darwin Nunez akan menemui jaringan tidak lama lagi selepas penyerang itu mempamerkan aksi luar biasa ketika Liverpool menewaskan Aston Villa pada Boxing Day awal pagi tadi.

EPL: Klopp sasar empat teratas selepas Liverpool tewaskan Aston Villa
Jurgen Klopp mahu Liverpool menjadi pasukan 'yang menjengkelkan' buat pasukan di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Aston Villa 3-1 di Villa Park awal pagi tadi.