Ammar Hakim
Tue Dec 06 2022

Zlatko Dalic yakin Piala Dunia Qatar bukan kejohanan antarabangsa terakhir Luka Modric ketika jurulatih Croatia menegaskan pemain tengah itu akan 'berusaha untuk memperbaiki diri'.
Croatia telah terbiasa dengan memerlukan masa tambahan dan penalti dalam Piala Dunia, mengetepikan Jepun dengan kemenangan penentuan awal pagi tadi untuk menyambung pertembungan suku akhir dengan Brazil.
Pasukan kendalian Dalic memerlukan penalti untuk mengalahkan Denmark dan Russia, kemudian masa tambahan menentang England, ketika mereka mara ke final pada 2018, tahun di mana Modric memenangi Ballon d'Or dengan usahanya untuk kelab dan negara.
Veteran Real Madrid itu kini berusia 37 tahun, namun Dalic tidak meragu dia boleh memanggil pemain veteran itu beraksi selepas kejohanan di Qatar.
“Ini bukan kejohanan terakhir Luka,” kata Dalic. “Dia akan terus bermain untuk Croatia, saya pasti.
"Luka terus bekerja keras dan dia terus berusaha untuk memperbaiki diri. Kami akan memerlukannya untuk beberapa waktu lagi pada masa hadapan."

Modric beri bayangan wakili Croatia ke Euro 2024
Luka Modric telah memutuskan untuk terus mewakili Croatia selepas kapten veteran itu membantu pasukannya merangkul gangsa di Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Croatia rayu Luka Modric tangguh persaraan
Persaraan Luka Modric di pentas antarabangsa akan menjadi satu kisah menyedihkan buat peminat bola sepak, kata ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, yang menaruh harapan pemain tengah itu akan kekal bersama pasukannya.

Piala Dunia Qatar: Croatia perlu peraga aksi terbaik sekat Argentina, kata Modric
Luka Modric berkata Croatia harus memperagakan permainan terbaik dalam hidup mereka demi mengatasi Argentina yang diketuai Lionel Messi dalam separuh akhir Piala Dunia, awal pagi esok.

Piala Dunia Qatar: Dia akan kembali lebih mantap, Luka Modric pujuk Rodrygo
Luka Modric percaya rakan sepasukan di kelab Real Madrid, Rodrygo, akan bangkit lebih mantap selepas tendangannya diselamatkan dalam kemenangan Croatia ke atas Brazil dalam suku akhir Piala Dunia, sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Dalic yakin Modric akan kekal sarung jersi Croatia
Zlatko Dalic yakin Piala Dunia Qatar bukan kejohanan antarabangsa terakhir Luka Modric ketika jurulatih Croatia menegaskan pemain tengah itu akan 'berusaha untuk memperbaiki diri'.

Ancelotti tegaskan Piala Dunia tidak jejas tumpuan Real Madrid
Carlo Ancelotti menegaskan pemain Real Madrid tidak bermain bukan kerana bimbangkan kecederaan sebelum Piala Dunia, kerana Luka Modric dan Karim Benzema diketepikan daripada lawatan Liga Juara-Juara bertemu RB Leipzig.

Modric terlepas aksi bertemu RB Leipzig
Real Madrid akan beraksi tanpa Luka Modric apabila menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Liga Negara-Negara: Modric inspirasi Croatia ke separuh akhir
Croatia mengiringi Belanda ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) apabila barisan yang diketuai Luka Modric itu mengatasi Austria di Ernst Happel Stadion, awal pagi tadi.

UCL: Hazard mula temui rentak, Real Madrid lepas ujian getir di Celtic Park
Eden Hazard hanya menjaringkan gol kedua dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika Real Madrid menewaskan Celtic 3-0 di Glasgow.

Ancelotti tidak risau trio Real Madrid menuju akhir kontrak
Carlo Ancelotti tidak gusar mengenai situasi kontrak beberapa bintang veteran Real Madrid memandangkan Karim Benzema, Luka Modric dan Toni Kroos kini memasuki 12 bulan terakhir perjanjian mereka.